- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Usaha Memastikan Perkhidmatan Perpustakaan Kekal Relevan

Must read

Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (PABDA) telah merangka Pelan Tindakan Pelaksanaan Aktiviti Perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan kekal relevan kepada masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Galakan Membaca; Program Kolaborasi Strategik; Program Pembangunan Komuniti; dan Program Keterlibatan Bersama Komuniti dan Khidmat Sukarelawan.

Kaunter utama PABDA yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran, pinjaman dan pemulangan buku

Objektif Program Galakan Membaca adalah untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan budaya membaca seawal peringkat umur iaitu dari kanak-kanak sehingga dewasa dan berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu;

  1. Bengkel pembelajaran mendidik kanak-kanak berusia lima tahun
  2. Peraduan bercerita peringkat negeri
  3. Bengkel literasi maklumat untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu
  4. Program perkhemahan ilmu

Program Kolaborasi Strategik pula bermatlamat untuk memperkasakan perkongsian pintar dengan agensi seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Pustaka Negeri Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pejabat Pendidikan Bintulu.

Penggunaan khidmat layan diri menggunakan mesin “Kiosk Self-Check” bagi pinjaman buku

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah;

  1. Program Reading Seed bersama Pustaka Negeri Sarawak
  2. Program kesedaran tentang pemuliharaan “Orkid Spesies Sarawak dan Cara Penjagaan Orkid” pada 13 Disember 2022 dengan kerjasama Persatuan Orkid Sarawak
  3. Program advokasi “Hentikan Vandalisme” bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  4. Pesta Buku DBP Tahun 2019
  5. Karnival Intelek DBP Peringkat Negeri Sarawak yang akan dilaksanakan pada bulan Jun 2023 dengan kerjasama DBP
Bilik aktiviti kanak-kanak yang disediakan di PABDA

Manakala, Program Pembangunan Komuniti pula merupakan inisiatif melestarikan pembangunan komuniti berilmu dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan kualiti hidup komuniti setempat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah;

  1. Santai Bersama Penulis Tempatan Tey Marzuki
  2. Bengkel Memasak Chicken Pie
  3. Program kesedaran tentang pemuliharaan “Orkid Spesis Sarawak dan Cara Penjagaan Orkid” pada 13 Disember 2022 dengan kerjasama Persatuan Orkid Sarawak.
  4. Program Juh Nambah Ilmu di Komuniti Kuala Segan dan Komuniti Jepak dan Komuniti Perumahan Sg. Plan yang dianjurkan dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak
  5. Keterlibatan pameran semasa Community Cultural & Arts Festival 25-27 November 2022 serta membuat persembahan Puppet Show
Ruang bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa di PABDA

Program Keterlibatan Bersama Komuniti dan Khidmat Sukarelawan pula adalah antara usaha PABDA untuk melibatkan komuniti setempat dalam menjadikan perpustakaan berperanan sebagai pusat ilmu, budaya, pembelajaran dan rekreasi.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan ialah;

  1. Program CSR mengagihkan bahan bacaan kepada golongan gelandangan
  2. Program Jalinan Mesra bersama penduduk kampung Penan Muslim
  3. Pesta Perpustakaan (Library Fest)
  4. Khidmat sosial menderma buku kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, Tubau
  5. Program Book Drive, penerimaan buku derma dari Kelab Kidurong hasil pengumpulan buku dari ahli kelab dan orang ramai
PABDA turut menyediakan kaunter pertanyaan untuk tujuan rujukan dan maklumat

Bagi memperkasa perpustakaan sebagai sumber rujukan utama dalam memantapkan ilmu pengetahuan dan sumber maklumat berguna dalam masyarakat, PABDA telah memberi fokus kepada pembangunan komuniti berilmu.

Beberapa inisiatif telah dirangka antaranya ialah melaksanakan program Reading Seeds dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak; Menyediakan perkhidmatan bilik koleksi khas bagi menjalankan kajian dan penyelidikan; Koleksi tempatan Bintulu; Program berasaskan pembangunan komuniti berilmu; dan perkongsian maklumat dengan perpustakaan.

Fokus PABDA ke arah pembangunan komuniti berilmu adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Sehubungan itu, dua insiatif telah dilaksanakan iaitu Program Educational and Human Capital dan Program Digital Transformation.

Program Education and Human Capital telah membantu pengguna perpustakaan menambahkan pendapatan isi rumah seperti mengadakan aktiviti memasak ‘Chicken Pie’ dan penyediaan tapak jualan di hadapan perpustakaan semasa berlangsungnya program Pesta Perpustakaan.

PABDA turut menyimpan, memelihara dan memulihara bahan-bahan serta warisan sejarah tempatan
Bahan-bahan bersejarah dijaga dengan sebaik mungkin untuk tatapan generasi baharu

Di bawah program ini juga, usaha sama strategik bersama Persatuan Orkid Sarawak dalam menganjurkan Program Kesedaran Tentang Pemuliharaan “Orkid Spesies Sarawak dan Cara Penjagaan Orkid” pada 13 Disember 2022.

Program ini merupakan inisiatif melestarikan sumber alam dan mengkomersialkan serta merancakkan pembangunan industri florikutur orkid tempatan.

Dengan melaksanakan aktiviti kesedaran kepada komuniti, potensi pemuliharaan Orkid Spesis Sarawak yang memberi nilai komersial pada masa hadapan.

Di bawah program Transformasi Digital pula, PABDA menyediakan kemudahan internet WiFi yang sangat diperlukan oleh pengguna perpustakaan di luar bandar.

Kemudahan ini telah memberi manfaat kepada komuniti di kawasan luar bandar yang benar-benar memerlukan kemudahan ini

Merujuk kepada data yang dibekalkan kepada RAKAN Sarawak, kadar pengunjung ke perpustakaan menunjukkan penurunan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 disebabkan kekangan pematuhan SOP kesihatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pada pertengahan tahun 2022, pelaksanaan SOP Peroperasian Perkhidmatan Perpustakaan merujuk SOP Pasca Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan fasa Peralihan ke endemik dilaksanakan di mana operasi sepenuhnya telah dibenarkan dan pengunjung boleh datang ke perpustakaan seperti biasa.

Statistik keahlian PABDA dari tahun 2018 – 2022

Manakala, kadar keahlian baharu pada tahun 2022 adalah sebanyak 304 orang di mana ia menunjukkan peningkatan satu kali ganda berbanding tahun 2020 iaitu 113 orang semasa tempoh pandemik melanda negara.

Peningkatan ini menunjukkan satu respons yang positif pengguna perpustakaan terhadap promosi perkhidmatan perpustakaan yang dilaksanakan oleh PABDA.

Statistik pengunjung PABDA dari tahun 2018 – 2022

Walaupun demikian, bilangan koleksi buku baharu tetap konsisten sepanjang tempoh lima (5) tahun mengikut perancangan pembangunan koleksi yang telah dirangka bagi memastikan pengguna perpustakaan mendapat bahan bacaan yang terkini dan releven memenuhi keperluan pengguna.

Berdasarkan kaji selidik yang dilaksanakan oleh pihak PABDA, peratusan tahap kepuasan terhadap perkhidmatan perpustakaan meningkat sebanyak 94.21% pada suku ke-4 (Oktober – Disember) 2022.

Kriteria penilaian yang dinilai oleh pengguna adalah seperti kualiti petugas kaunter, kualiti perkhidmatan pelanggan dan kualiti perkhidmatan yang disediakan justeru, hasil daripada kaji selidik ini, PA BDA dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article