- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Pembangunan Ternakan Bantu Para Penternak Di Bintulu

Must read

Program Pawah Ruminan Kecil (PPRK) merupakan salah satu projek di bawah Program Pembangunan Ternakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berlandaskan dasar kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pengimportan daging.

Beberapa objektif telah digariskan di bawah program ini antaranya untuk membangunkan usahawan dalam penternakan lembu dan kambing atau bebiri secara intensif atau semi-intensif.

Kerajaan juga mahu mewujudkan pusat pengeluaran bibit ternakan yang mampu mengeluarkan bibit secara berterusan untuk diagihkan kepada penternak lain.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, Dr. Naziah binti Muntil @ Montel ketika ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak.

Ketua Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, Dr. Naziah binti Muntil @ Montel ketika ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak

Dr. Naziah bertanggungjawab memantau projek-projek yang dilaksanakan oleh JPVS Bahagian Bintulu seperti program pembangunan ternakan, kawalan penyakit dan sebagainya membabitkan tiga (3) daerah iaitu Daerah Bintulu, Daerah Sebauh dan Daerah Tatau.

Menurut beliau, pelbagai program pembangunan ternakan telah dilaksanakan di Bintulu antaranya menerusi Program Pawah Lembu (PPL) dan Livestock Commercial Development Program (LCDP).

Inisitaif Program Pawah Lembu (PPL) untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu

PPL adalah bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan daging serta meningkatkan kadar sara diri daging lembu atau kerbau ke 50% menjelang 2030.

Pada masa yang sama, kerajaan menerusi PPL juga mahu menggalakkan penglibatan pihak swasta dan usahawan ternakan untuk membangunkan ladang kambing atau bebiri bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah para penternak kepada RM6,000 sebulan.

Menurut beliau, bantuan yang diberikan di bawah PPL ialah agihan sekurang-kurangnya 20 ekor lembu pembiak sehingga 500 ekor (maksimum).

Namun begitu, JPVS Bintulu hanya akan mengagihkan lembu pembiak baka kepada penerima yang layak sahaja di mana para penerima harus membayar balik dengan bilangan ternakan yang sama dalam tempoh enam (6) tahun.

Manakala, LCDP pula merupakan salah satu program di bawah Program Pembangunan Ternakan RMKe-12 yang menyediakan bantuan kepada penternak yang berpotensi untuk dimodenkan serta dikomersialkan.

Program ini merangkumi semua jenis ternakan dan semua jenis sistem perladangan ternakan namun, peluang pasaran hendaklah diambil kira sebelum kelulusan projek diberikan.

Nilai bantuan yang diberikan adalah bernilai RM10, 000 seunit yang akan digunakan untuk penyediaan tapak, pembangunan teknologi, pembekalan input ladang, pagar, bahan binaan, benih pasture, stok pembiak baka, jalan dan perparitan ladang, sistem pembuangan sisa dan utiliti ladang.

Pembelian bahan makanan ternakan pula adalah tidak melebihi 30 peratus (%) daripada nilai yang telah diluluskan.

Sejak RMKe-11 sehingga RMKe-12, JPVS Bintulu telah membantu lima (5) orang peserta PPL dan tiga (3) orang untuk Program Pawah Kambing Bebiri.

Menurut Dr. Naziah, ladang Arnab milik Puan Lee Song Cheng di bawah LCDP dan ladang lembu dan kambing milik Encik Jamhari Hj. Mohamat di bawah PPL telah banyak dibantu oleh JPVS Bintulu.

Pemilik Borneo Rabbit Farm Bintulu, Puan Lee Song Cheng
Ladang Arnab milik Puan Lee Song Cheng diberi bantuan dari segi input ladang bernilai RM30 ribu pada tahun 2020
Pengusaha Lembu dan Kambing, Encik Jamhari Hj. Mohamat telah mendapat bantuan sebanyak tiga kali daripada JPVS Bahagian Bintulu

Puan Lee Song Cheng yang kini berusia 50 tahun, telah diberi bantuan dari segi input ladang dalam nilai RM30 ribu pada tahun 2020 dan kini beliau dalam proses memohon lesen ladang daripada JPVS.

Pengusaha Lembu dan Kambing, Encik Jamhari Hj. Mohamat yang kini berusia 52 tahun pula telah dibantu sebanyak tiga (3) kali oleh JPVS Bahagian Bintulu.

Bantuan pertama merupakan input-input ladang yang bernilai RM10 ribu; kedua ialah bantuan Pawah di mana beliau telah diberi 50 ekor kambing, namun perlu membayar balik setelah tiga (3) tahun dalam kuantiti yang sama.

Pada tahun lepas (2022), beliau telah terpilih di bawah program Pawah lembu di mana beliau telah diberi 20 ekor kambing namun perlu membayar balik dengan kuantiti yang sama selepas enam (6) tahun.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article