- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hub Inovasi Digital & TEGAS Digital Village Pemangkin Ekonomi Baharu Sarawak

Must read

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yakin terhadap pendigitalan ekonomi baharu yang berpotensi memberi impak besar terutamanya terhadap perusahaan tempatan di Sarawak.

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan, selaras dengan agenda ekonomi baharu melalui TEGAS Digital Village (TDV) dan Hub Inovasi Digital (DIH).

Bangunan Kampung Digital TEGAS di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya Sumber: Portal Rasmi TVS

Penubuhan Sibu Digital Innovation Hub (SDIH) telah direkodkan sebagai hub inovasi digital pertama di Sarawak yang menyediakan perkhidmatan sewaan perkakasan digital seperti komputer berkualiti tinggi, kamera dan peralatan audio yang terkini.

Program bertemakan inovasi, perusahaan digital dan pembangunan bakat kendiri yang dianjurkan oleh SDIH mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja oleh golongan kreatif digital di Sibu.

Gambaran keseluruhan DIH di seluruh Sarawak Sumber: Facebook Serian Digital Innovation Hub
Bengkel Microsoft Excel yang Diadakan di Betong Digital Innovation Hub Sumber:Facebook Betong Digital Innovation Hub

Dari sudut reka bentuk grafik, penghasilan aplikasi dan sebagainya, DIH menawarkan perkhidmatan percuma kepada pelajar universiti di seluruh Sarawak bagi memudahkan pelajar berkeperluan mendapat capaian Internet dengan lebih pantas dalam suasana  yang kondusif.

Perkembangan digital ekonomi setempat juga lebih mampan apabila wujudnya program dan kolaboratif antara agensi untuk menjadikan SDIH sebagai perantaraan antara pusat inovasi dan digital ekonomi termasuk Digital Community Centre (DCC) serta Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Seterusnya, pembinaan TDV di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya memiliki kemudahan teknologi berkualiti tinggi telah meningkatkan nilai komersial produk hasil ekonomi Sarawak bukan sahaja dari segi komoditi dan barangan tetapi harta intelek.

Di salah satu program utama TDV iaitu Shell Livewire Sarawak 2022 pada Disember 2022, Premier Sarawak berkata usaha menuju ekonomi digital di Sarawak mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Barisan pemenang program Shell Livewire Sarawak 2022 Sumber: The Borneo Post

Misalnya, perusahaan tempatan SPL Food Industries Sdn Bhd, Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd, Fatin Hanna Bakes, Easygrow dan Zueema Enterprise telah dinobatkan sebagai pemenang program Shell Livewire Sarawak 2022.

Masing-masing telah menerima pembiayaan permulaan sebanyak RM10,000 dari Shell dan RM5,000 dari TEGAS. TDV turut menjadi tunjang bagi mencapai nilai tambah dalam misi ekonomi digital melalui kursus perniagaan tahunan dan mendapat akses fasiliti yang disediakan oleh TEGAS.

TEGAS telah memainkan peranan dalam mengukuhkan sosioekonomi golongan belia dengan memberi pendedahan berkenaan usaha untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan mengubah idea mereka menjadi produk kerana ia adalah masa depan Sarawak.

Indikator Utama dalam Keberkesanan DIH & TDV Sumber: Portal Rasmi Digital Village

Premier Sarawak mengetengahkan TDV sebagai pemula bagi belia untuk menghasilkan sistem dan perisian digital yang memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan yang berkualiti dan kelestarian alam sekitar.

Ini kerana beliau percaya apabila penduduk semakin meningkat, pastinya memerlukan lebih banyak bekalan makanan dan kerajaan mengambil langkah untuk mengintegrasikan teknologi dan inovasi terutamanya dalam sektor pertanian, bagi menghasilkan makanan yang berkualiti. Justeru, kerajaan menjadikan DHI dan DVT sebagai penggalak untuk perusahaan tempatan berusaha memiliki nilai tambah dalam perusahaan bagi memacu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Salah satu fasiliti yang disediakan di DIH Sumber: Portal Rasmi Digital Village
Butiran untuk Langgan Kemudahan dan Fasiliti di DIH Sumber: Portal Rasmi Digital Village
Tarikan Pelaburan di Sarawak Sumber: Bernama
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article