- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

CENTEXS Dalat Aktif Kesinambungan Warisan Budaya

Must read

Program Warisan (Teknologi Fesyen) iaitu salah satu program yang ditawarkan oleh Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kampus Dalat boleh dijadikan platform sebagai usaha memelihara dan meneruskan kesinambungan warisan budaya masyarakat Melanau.

Kampus CENTEXS Dalat yang sementara di rumah kedai di Pekan Dalat

Menurut Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS merangkap Pengurus CENTEXS Dalat, Dr Nadianatra Binti Musa ketika ditemu bual RAKAN Sarawak  menyifatkan melalui teknologi fesyen, pelatih bukan sahaja di ajar bagaimana menjahit pakaian moden tetapi juga pakaian tradisional kaum tersebut.

Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS merangkap Pengurus CENTEXS Dalat, Dr Nadianatra Binti Musa

Program yang ditawarkan pada masa ini ialah Program Warisan dalam kursus Teknologi Fesyen  (Asas) ini mengambil masa selama enam (6) bulan dan pensijilan daripada CENTEXS serta kursus ini 100% di bawah seliaan CENTEXS dengan dua (2) sesi pengambilan setiap tahun iaitu pada bulan Januari & Julai serta April & Oktober.

Syarat kemasukan hanyalah Sijil Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bersesuaian dengan tiga (3) kumpulan sasarannya iaitu lepasan sekolah, pekerja industri dan terkini lepasan Universiti.

Program Teknologi Fesyen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat

Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2018, ia mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 89 orang pelatih (2018 hingga 2022).

Boleh dikatakan kebolehpasaran graduan CENTEXS Dalat mencapai 94%, kerana menurutnya program adalah berdasarkan keperluan industri dan pasaran semasa.

Daripada 71 orang pelatih, 54 orang telah pun bekerja dalam industri fesyen sama ada menjadi usahawan, membuka perniagaan sendiri ataupun menerima tempahan di rumah, bekerja di butik-butik dan industri berkaitan dengan jahitan.

Kemudahan yang terdapat di sini digunakan sepenuhnya oleh pelatih
Dr Nadianatra Binti Musa melihat aksesori yang dihasilkan oleh pelatih
Pelatih bukan sahaja diajar membuat pakaian moden tetapi juga pakaian tradisional

Jelas Dr Nadianatra, itu yang menariknya tentang kemahiran yang diperolehi di sini, mereka boleh mempraktikkan kemahiran tersebut sebaik menamatkan program.

Setakat ini, hanya program ini yang ditawarkan oleh CENTEXS Dalat memandangkan masih menggunakan bangunan sementara (Rumah Kedai) di Pekan Dalat yang dilengkapi dengan mesin jahit lurus, mesin jahit sisi dan juga seterika bagi memberi kemudahan kepada pelatih.

Walaubagaimanapun, bagi menampung permintaan daripada komuniti setempat, CENTEXS Dalat turut untuk mengadakan 50 kursus pendek dalam Community Technology Outreach Programme (CTOP) sepanjang tempoh 2018 sehingga 2022.

Seorang pelatih sedang tekun membuat aksesori yang bermotifkan warisan
Antara aksesori yang dihasilkan oleh pelatih

CTOP jelasnya bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat masing-masing serta melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang yang dicebur dalam tempoh satu (1) ke lima (5) hari.

Menurutnya lagi, sebaik sahaja CENTEXS Dalat siap dan beroperasi tahun hadapan (2024) CENTEXS Dalat akan menawarkan lebih banyak lagi (14 program penuh) antaranya ialah Welding Technology (3G Plus), Wireman Plus, Warrisan Melanau,  Program Digital dan banyak lagi.

Tenaga pengajar menunjukkan cara dan teknik yang betul kepada pelatihnya

……..

CENTEXS Dalat adalah salah satu cawangan Kampus CENTEXS yang telah ditubuhkan pada 27 Januari 2018, di mana penubuhan Kampus CENTEXS Dalat telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, N.56 Dalat, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Peranan utama CENTEXS Dalat adalah untuk melatih lebih ramai rakyat Sarawak di Daerah Dalat, Matu, Daro, Sibu & Kapit dalam bidang teknikal sejajar dengan keperluan ekonomi dan industri semasa sekali gus menyediakan Latihan Warisan kepada penduduk yang berada di Sekitar Daerah Dalat yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, Negeri Sarawak khususnya.

Selain itu, CENTEXS menerusi pendekatan ekosistem holistik dapat menyumbang kepada peningkatan perdagangan teknikal membina semula kemahiran belia (re-skilling) dan meningkatkan kemahiran (up-skilling) tenaga kerja semasa.

NO.SESIPROGRAM LATIHANJUMLAH KUOTAJUMLAH PELATIH BERDAFTAR
1.Januari 2018      Fashion Technology (Basic)1515
2.Julai 20181010
3.Januari 20191515
4.Julai 20191512
5.Januari 20201512
6.Ogos 20211511
7.April 2022158
8.Oktober 2022156
JUMLAH KESELURUHAN PELATIH BERDAFTAR:89 orang

Kebolehpasaran graduan CENTEXS Dalat

NO.SESITAHUNKURSUSJUMLAH PELATIH LULUSJUMLAH PELATIHBEKERJA
1.Januari2018    FTB151515
2.Julai2018101010
3.Januari2019151515
4.Julai201912712
5.Julai20211101
6.April2022801
Jumlah Keseluruhan:714754
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article