- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

DIH Perluas Ekosistem Keusahawanan di Sarawak

Must read

Pada zaman Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) ini, inovasi dan digitalisasi merupakan satu faktor yang amat penting kerana menjadi pemacu utama yang mampu mewujudkan peluang baharu dalam menghasilkan nilai sosioekonomi yang lebih tinggi bagi masyarakat dan juga negara.

Tidak dinafikan, syarikat pemula (start-up) dan usahawan sosial (social enterpreneur) telah meluaskan peluang pekerjaan jauh melebihi kemampuan perniagaan tradisional sekaligus diiktiraf sebagai penjana ekonomi yang mampu membawa manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengembangkan ekosistem syarikat pemula di negeri ini.

Salah satunya ialah melalui penubuhan Sarawak Digital pada 2019 yang merupakan ekosistem digital di bawah inisiatif Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Sarawak Digital telah menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada usahawan dan syarikat pemula tempatan dengan menyediakan ruang kerja bersama, program pembangunan, peluang pembiayaan, rakan kongsi teknologi, platform penyelidikan dan pembangunan serta akses pasaran antarabangsa.

Dalam pada itu, Ekosistem Digital Sarawak serta organisasi rangkaian meluas infrastruktur seluruh negeri turut menyokong pembangunan inovasi dan digitalisasi di negeri ini.

Di bawah Ekosistem Digital Sarawak, Hab Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) telah dibangunkan untuk menyediakan usahawan dan usahawan tekno menjadi jurulatih dan mentor, meningkatkan kemahiran dan mengasah semula kemahiran menggunakan landasan digital dan peralatan terkini.

Bahagian luar menuju pintu masuk DIH Mir
Infografik (sumber: SDEC) menunjukkan setakat ini, terdapat sembilan (9) HID yang sudah beroperasi di seluruh Sarawak

Dari sini kita dapat melihat, salah satu agenda Premier Sarawak mewujudkan DIH adalah untuk meningkatkan jumlah usahawan tekno yang berjaya di mana suatu hari nanti, merekalah yang akan mengemudi ekonomi digital Sarawak.

RAKAN Sarawak sebelum ini pernah mengadakan tinjauan ke DIH Miri dan sempat menemu bual Eksekutif Operasi DIH Miri, Rahimah Salwa Binti Hamdan bagi mendapat pandangan beliau tentang inisiatif Kerajaan Sarawak ini.

Eksekutif Operasi DIH Miri, Rahimah Salwa Binti Hamdan

Bagi beliau, penubuhan DIH ini dapat mendorong lebih ramai syarikat pemula dan usahawan sosial memulakan perniagaan mereka dengan tersedianya tempat bekerja (kemudahan ruang bekerja, pejabat kecil dan bilik mesyuarat).

Menurut beliau, ruang meja bekerja boleh ditempah secara harian dan mingguan, ruang meja khas (sekurang- kurang digunakan dalam masa tiga (3) bulan), pejabat kecil (boleh memuatkan empat (4) orang, sekurang-kurangnya digunakan dalam masa enam (6) bulan dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 11 orang boleh ditempah seminggu sebelum dengan bayaran yang berpatutan.

Justeru, beliau menyifatkan DIH adalah usaha yang terbaik mengambil kira teknologi yang digunakan dan peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan (melalui jaringan perniagaan secara tidak langsung).

Menurut, Eksekutif Acara dan Komuniti, Joan Edessey Ak Donny Tan, kebanyakan mereka yang menggunakan kemudahan di sini antaranya akan dibimbing, mengikuti program anjuran Hab Inovasi ini secara percuma dan juga akan dipantau perkembangan mereka melalui program pementoran.

Eksekutif Acara dan Komuniti, Joan Edessey Ak Donny Tan

Ketika ditanya, apa bidang yang menjadi minat dan tarikan golongan belia di Miri jelasnya keusahawanan sosial, kebudayaan dan komuniti.

Mengambil contoh, program “Founder Club” yang pernah dianjurkan sebelum ini, kebanyakan komuniti menunjukkan minat yang tinggi berkongsi dan cuba merealisasikan idea dan mereka akan menyediakan platform sebagai contoh kita akan bimbing mereka untuk meletakkan seberapa banyak sasaran idea mereka dan kita akan memilih idea yang terbaik untuk dibangunkan.

Seorang pengguna DIH, Hamzah bin Hamizan. Hamzah menyifatkan DIH adalah tempat terbaik untuk memulakan perniagaan kerana adanya ruang pejabat yang berpatutan, kemudahan internet yang stabil.

Pengguna DIH, Hamzah bin Hamizan Hamzah

Perkara yang paling menurut beliau ialah, mereka boleh mengikuti program-program yang dianjurkan di DIH dan mudah mendekati pihak yang berkaitan untuk mendapat khidmat nasihat dan bimbingan.

Jelasnya, setelah setahun menggunakan perkhidmatan di DIH Miri, mereka telah dapat mewujudkan rangkaian perniagaan dengan komuniti perniagaan yang berada di sini.

Bilik mesyuarat di DIH yang boleh memuatkan sehingga 11 orang
Ruang di DIH yang disediakan untuk mengadakan program seperti kursus dan konferens
Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak Ekosistem menyediakan perkhidmatan dan peluang untuk syarikat pemula termasuk menyediakan ruang kerja bersama dan program pembangunan
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article