Acara Unity Fun Run/Ride telah berlangsung pada 20 Mei 2023 sebagai pembuka tirai Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.
Seramai lebih 3,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai acara yang dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu larian dan berbasikal yang melibatkan beberapa laluan di bandar raya Kuching.
Upacara flag-off disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago anak Dagang pada pukul 7 pagi, bermula di Tebingan Sungai Kuching.
Acara diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama melalui bidang sukan.
Yang menariknya, para peserta digalakkan untuk memakai pakaian tradisional etnik untuk memeriahkan acara.
Sarawak dipilih sebagai lokasi pertama Sambutan Minggu Perpaduan yang berlangsung dari 20 hingga 26 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching.