- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Komited Menyokong Usaha Penternak

Must read

Sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) sehingga RMKe-12, JPVS Bintulu telah membantu lima (5) orang peserta Program Pawah Lembu dan tiga (3) orang peserta Program Pawah Kambing Bebiri.

Menurut Ketua Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, Dr. Naziah binti Muntil @ Montel ketika ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak, ladang arnab milik Puan Lee Song Cheng di bawah LCDP dan ladang lembu dan kambing milik Encik Jamhari Hj. Mohamat di bawah PPL telah banyak dibantu oleh JPVS Bintulu.

Sempena lawatan ke JPVS Bintulu, RAKAN Sarawak telah berpeluang meninjau ladang arnab Puan Lee Song Cheng di Sungai Setiam, Bintulu dan ladang lembu milik Encik Jamhari Hj. Mohamat di Ulu Sungai Selad, Bintulu sekali gus menemu ramah mereka.

Puan Lee Song Cheng (50 tahun) telah diberi bantuan dari segi input ladang dalam nilai RM30 ribu pada tahun 2020 dan kini beliau dalam proses memohon lesen dengan JPVS.

Puan Lee Song Cheng mengusahakan ladang arnab (Borneo Rabbit Farm Bintulu) bersama suami beliau, Encik Ting Nik Sing

Tujuan beliau memohon lesen ladang adalah untuk membolehkan pihak JPVS sentiasa memantau  populasi, pembangunan ladang, kawalan penyakit dan sebagainya.

Puan Lee Song Cheng, dan suami beliau Encik Ting Nik Sing (53 tahun), telah mengusahakan penternakan arnab selama 14 tahun.

Puan Lee Song Cheng (50 tahun) telah diberi bantuan dari segi input ladang dalam nilai RM30 ribu pada tahun 2020
Projek penternakan arnab Puan Lee Song Cheng menerusi Livestock Commercial Development Program (LCDP)

Mereka telah mengusahakan penternakan arnab secara kecil-kecilan lebih kurang sepuluh tahun, kemudian dalam tempoh empat (4) tahun ini, mereka mula mengusahakan ternakan arnab secara besar-besaran.

Sebelum mengusahakan ternakan arnab secara besar-besaran, mereka telah mengunjungi negara China untuk melihat sendiri cara-cara penternak arnab di situ mengurus ternakan arnab mereka.

Daging arnab yang sudah disembelih, dibersih dan dibungkus

Berdasarkan pengalaman yang mereka dapat semasa berkunjung ke China, daging arnab sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan dan salah satunya ialah, ia dapat mengurangkan kolesterol.

Kerana itu, mereka komited untuk mengusahakan ternakan arnab secara besar-besaran kerana ia mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.

Pada mulanya, mereka hanya menternak sekitar 200 hingga 300 ekor arnab, namun jumlah tersebut telah bertambah diantara 3,000 hingga 4,000 ekor pada hari ini, dan kebanyakan baka arnab dibeli daripada penternak di Sibu, Sarikei dan Bintangor.

Antara jenis arnab yang diternak ialah New Zealand White, California dan Chincilla yang kebanyakannya diternak oleh penternak-penternak arnab di Malaysia dan menurut beliau, New Zealand White adalah baka yang paling bagus setakat ini kerana ia membesar dengan cepat.

Mereka mempunyai seorang pekerja yang akan mengurus ternakan arnab mereka setiap hari seperti memberi makanan arnab, membersihkan kandang arnab dan melakukan kerja-kerja am yang lain.

Menurut suami beliau, Encik Lee Song Cheng, kandang arnab beliau kini mampu memuat lebih kurang 5,000 ekor arnab namun pasaran arnab beliau buat masa ini belum diperluaskan lagi.

Mereka akan menghabiskan 200-kilogram baja setiap hari untuk diberi makan kepada arnab-arnab dan menurut beliau, harga baja arnab adalah RM3.20 sekilo sekiranya dibeli di pasaran.

Daging arnab yang telah dibungkus dan siap untuk dijual

Namun begitu, mereka tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli baja kerana mereka akan memproses baja di kilang milik mereka sendiri.

Tambah beliau, baja tersebut diproses daripada rumput napier yang sudah ditebang dan dikeringkan, kemudian dicampur dengan benih jagung, soya, hampas gandum dan seterusnya akan dihancurkan menggunakan mesin.

Berkenaan dengan penjualan pula, beliau memberitahu setiap hari pasti ada pelanggan yang datang membeli arnab daripada mereka sekitar lima (5) ekor (paling sedikit) sehingga 100 ekor (paling banyak) dan dalam sebulan, beliau mampu menjual sehingga 500 ekor arnab.

Jelas beliau lagi, harga daging arnab yang sudah disembelih dan dibersihkan akan dijual pada harga RM80 hingga RM100 seekor manakala untuk yang belum disembelih dijual pada harga RM32 sekilo.

Lebih lima (5) tahun yang lalu, permintaan terhadap arnab beliau sangat kurang berbanding dalam tempoh empat (4) tahun ini.

Sejak mempromosikan arnab mereka menerusi media sosial seperti Facebook (FB), peminat-peminat arnab mula menghubungi mereka serta bertanyakan tentang harga jualan arnab mereka.

Pemasaran arnab menerusi laman sosial seperti Facebook (FB)

Kebanyakan pelanggan mereka adalah daripada golongan yang sudah berusia 50-60 tahun; mengalami masalah kesihatan; penghidap penyakit kanser dan penyakit kronik.

Golongan-golongan ini membeli daging arnab untuk merawat penyakit mereka kerana daging arnab dipercayai berpotensi untuk menguatkan tubuh badan mereka.

Berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang penternak arnab, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan kebersihan, dan kedua ialah kemahiran menyediakan makanan yang segar untuk arnab.

Rumah arnab beliau seluas 24 kaki (lebar) dan 250 kaki (panjang) dilengkapi dengan kandang-kandang yang diperbuat daripada dawai dan kayu, feeding tray, tangki, bekalan air, bekalan api (tenaga solar) dan Kamera litar tertutup (CCTV) yang dianggarkan bernilai RM180 ribu.

Rumah arnab beliau turut dilengkapi dengan muzik kerana, berdasarkan kajian beliau, muzik tersebut berfungsi untuk mengurangkan tekanan terhadap arnab-arnab kerana arnab adalah sejenis haiwan yang sangat sensitif dan mudah terperanjat apabila didatangi makhluk lain.

Sementara itu, Pengusaha lembu dan kambing, Encik Jamhari Hj. Mohamat (52 tahun), telah dibantu sebanyak tiga (3) kali oleh JPVS Bahagian Bintulu.

Bantuan pertama merupakan input-input ladang yang bernilai RM10 ribu; kedua ialah bantuan Program Pawah Ruminan Kecil (PPRK) iaitu 50 ekor kambing, namun perlu membayar balik setelah tiga (3) tahun dalam kuantiti yang sama.

Pada tahun lepas (2022), beliau telah terpilih di bawah PPL di mana beliau telah diberi 20 ekor lembu, namun perlu membayar balik dengan kuantiti yang sama selepas  (6) tahun.

Pengusaha lembu dan kambing, Encik Jamhari Hj. Mohamat

Encik Jamhari telah memulakan projek ternakan lembu pada tahun 2020 (semasa pandemik Covid-19) manakala penternakan kambing yang terletak di Samarakan telah mencapai tempoh tujuh (7) tahun dengan keseluruhan kambing berjumlah 160 ekor.

Berkenaan kandang lembu beliau, proses pembinaannya memakan masa lebih kurang  (6) hingga tujuh (7) bulan dan siap sepenuhnya pada tahun 2021 dengan kos pembinaan sekitar RM70 ribu.

Sambil bersembang dengan RAKAN Sarawak, beliau memberitahu sebelum menternak lembu, beliau memang sudah menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang usahawan dan disebabkan minatnya itu, beliau pernah berniaga dengan menjual bermacam jenis makanan di tepi jalan.

Berbalik kepada ternakan lembu tadi, beliau mula-mula menternak 13 ekor lembu, kemudian dalam tempoh tiga (3) bulan, ia mengeluarkan tujuh (7) ekor anak.

Pada 19 Februari 2021, kelompok pertama lembu masuk sebanyak 13 ekor dan sehingga Mac 2023 ini, beliau sudah berjaya menternak 100 ekor lembu.

Encik Jamhari telah terpilih menyertai Program Pawah Lembu (PPL) dan diberi 20 ekor lembu

Pada Hari Raya Qurban tahun lepas (2022), beliau telah menjual 73 ekor lumbu dan pada hari biasa belia ada menjual lebih kurang 3 hingga 4 ekor sahaja untuk kegunaan seperti majlis kahwin.

Berkongsi pengalaman sebagai penternak lembu, beliau lebih suka menerima anak lembu kerana tidak akan berdepan dengan gangguan tumbesaran berbanding dengan lembu yang sudah besar kerana agak sukar dan mencabar untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.

Kebanyakan lembu diterima daripada JPVS adalah jenis baka Brahman kerana Sarawak kebanyakan ambil baka New Zealand dan Australia.

Menurut beliau, lembu Brahman mempunyai daging yang lebih berkualiti berbanding baka lain kerana saiznya yang besar dan mungkin boleh mencapai berat daripada 280 sehingga 650 kilo seekor.

Bagi beliau, jualan daging lebih menguntungkan daripada jualan korban (jualan seekor) misalnya, harga untuk lembu yang hidup ialah RM23 sekilo.

Encik Jamhari Hj. Mohamat memberikan rumput napier kepada lembu peliharaan beliau

Manakala, setelah disembelih, ia akan dijual mengikut kategori misalnya, batang pinang harga boleh mencecah RM100 sekilo; daging biasa RM58 sekilo; dan harga bahagian-bahagian lain seperti paha, perut dan sebagainya dijual pada harga-harga yang berbeza.

Berkenaan dengan pengurusan makanan lembu pula, beliau mengatakan bawah pemberian makanan yang seimbang adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian.

Pemberian makanan seimbang ini perlu kerana selain untuk meningkatkan kadar pengeluaran susu ke tahap optimum, ia juga memberi keperluan yang cukup kepada lembu untuk meningkatkan antibodi ternakan.

Tanpa pemberian makanan yang mencukupi, ternakan mudah dijangkiti penyakit seterusnya akan memberi kesan drastik terhadap kos operasi ternakan lembu.

Antara jenis – jenis makanan seimbang yang diberikan kepada lembu ternakannya ialah seperti rumput pachong (salah satu spesies napier) yang mempunyai kandungan protein yang tinggi, tepung ikan (fishmeal), mulong (premix), dan dedak isirung sawit (PKC) yang mengandungi mineral dan vitamin.

Rumput napier yang akan diproses untuk dijadikan makanan arnab dan lembu

Menurut beliau, faktor yang amat dititik beratkan dalam menternak lembu adalah makanan kerana berjaya atau tidak berjaya projek penternakan yang kita usahakan adalah bergantung kepada makanan iaitu 70% daripada kos operasi.

Ladang ternakan lembu beliau yang seluas 2.7 ekar hanya bergantung kepada air hujan manakala bekalan elektrik diperoleh daripada tenaga solar.

Sepanjang menternak lembu ini, beliau berdepan dengan banyak cabaran antaranya dari segi modal kerana ia memerlukan nilai pelaburan yang sangat besar.

Cabaran kedua ialah dari segi mendapatkan bibit kerana kekurangan penternak dan seterusnya ialah dari segi ubat-ubatan kerana JPVS juga tidak dapat hendak menanggung semuanya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article