Lawas menjadi lokasi pertama Sambutan Perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka dengan acara utamanya Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang akan menjelajah ke seluruh bahagian Sarawak bermula dari Lawas hingga ke Bandaraya Kuching.
Acara tersebut melibatkan 12 bahagian selama 56 hari dengan jumlah 3,516 km jarak perjalanan. Rombongan tetap konvoi ini akan disertai oleh 25 buah kenderaan termasuk motosikal manakala sebanyak 856 buah kenderaan termasuk motosikal turut terlibat dalam peringkat bahagian.
Ia akan terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan tempatan serta Persekutuan, termasuk persatuan pemotoran dan orang awam.
Majlis pelepasan konvoi ini telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Lawas Konvoi Kembara akan bergerak ke Bandar Limbang dan seterusnya ke Bandar Miri pada 10 Jun 2023
Turut diadakan beberapa program seperti Pameran Sarawak 60 Years Digital Exhibition, gerai jualan dan keusahawanan, Sarawak X-Tive, Youth Got Talent, Bazaar Niaga dan banyak lagi di setiap bahagian.