- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak Ke Gedong Dan Simunjan

Must read

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak di daerah Gedong dan daerah Simunjan pada 14 Mei 2023 (Ahad). 

Tinjauan tersebut dilakukan di Jalan Gedong-Simunjan dan Kampung Sageng bagi memastikan kesesuaian lokasi sempena lawatan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke daerah tersebut pada 20 Mei 2023 (Sabtu).

Setiausaha Kerajaan Sarawak mengadakan tinjauan ke tapak Program Lawatan Premier Sarawak

Pada 20 Mei 2023, Premier Sarawak hadir ke Gedong untuk menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi projek cadangan mengambil alih dan menaik taraf jalan sedia ada dari Gedong ke Kampung Semalatong.

Dijangkakan perjalanan dari Gedong ke Kampung Semalatong, Simunjan akan dipendekkan kepada 25 minit sebaik kerja-kerja menaik taraf jalan ladang sedia ada sepanjang 26-kilometer (km) siap kelak.

Selain itu, pada hari yang sama juga, Premier Sarawak juga akan menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Mantar Gawai Bersama rakyat Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan.

Turut serta dalam lawatan keraja Setiausaha Kerajaan Sarawak ialah Pemangku Residen Bahagian Samarahan, Encik Mohamad Irwan Bahari Bujang, Penguasa Tanah dan Survei Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Encik Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee, Pegawai Daerah Gedong, Encik Abdul Khalid Manap dan Pegawai Daerah Simunjan, Encik Seroji Ludin.

Gambar sekitar lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak di Daerah Gedong

Profil dan Projek Pembangunan Di Daerah Gedong dan Daerah Simunjan

Profil Daerah Gedong

Daerah Gedong mempunyai keluasan tanah 632 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk 17 orang per satu kilometer persegi pada tahun 2020 manakala, bilangan penduduk pada tahun 2020 adalah seramai 10,447 orang dengan mencatatkan bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah jantina 120 lelaki bagi setiap 100 orang perempuan.

Maklumat Asas Daerah Simunjan
Luas Kawasan632 km2
Penduduk10,447 ribu orang
Kepadatan Penduduk17/km2
Tempat Kediaman3.4 ribu
Isi Rumah2.7 ribu
Purata Saiz Isi Rumah3.9
Kumpulan Etnik Di Daerah Gedong (%) Bagi Tahun 2020
Bumiputera98.9
Cina0.9
India0.0
Lain-Lain0.2
Statistik Utama Penduduk Daerah Gedong Bagi Tahun 2020
IndikatorPeratusan (%)
Lelaki54.6%
Perempuan45.4%
Warganegara84.6%
Bukan Warganegara15.4%
Struktur Umur (%)
0-14 Tahun21.3
15-64 Tahun69.8
18 Tahun dan Lebih73.3
65 Tahun dan Lebih8.9
Statistik Utama Demografi Gedong Bagi Tahun 2020 Dan 2021
INDIKATOR2020r2021
Kelahiran  
Bilangan Kelahiran725739
Kadar Kelahiran Kasar120.016.1
Kematian  
Bilangan Kematian311352
Kadar Kematian Kasar18.67.7

PENDIDIKAN

Bilangan Sekolah, Guru dan Murid Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Daerah Gedong
Tahun2020
SekolahSekolah RendahSekolah Menengah
4
Guru87
Murid824

KESIHATAN

Bilangan Hospital dan Klinik Kerajaan, Gedong Bagi Tahun 2020 dan 2021
Tahun2020
Hospital
Klinik2
Kemudahan Perkhidmatan/ Keselamatan Awam Bagi Tahun 2022
Tadika Swasta2
Kedai Runcit43
Balai Polis1

Profil Daerah Simunjan

Maklumat Asas Daerah Simunjan
Luas Kawasan2,218 km2
Penduduk36.4 ribu
Kepadatan Penduduk16/km2
Tempat Kediaman12.0 ribu
Statistik Utama Penduduk Simunjan Bagi Tahun 2020 dan 2021
Indikator20202021
Jumlah Penduduk (‘000)36.236.4
Lelaki19.119.1
Perempuan17.117.2
Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)-0.60.4
Statistik Utama Demografi Simunjan Bagi Tahun 2020 Dan 2021
INDIKATOR2020r2021
Kelahiran  
Bilangan Kelahiran725739
Kadar Kelahiran Kasar120.016.1
Kematian  
Bilangan Kematian311352
Kadar Kematian Kasar18.67.7

Guna Tenaga

Penduduk Bekerja, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh dan Kadar Pengangguran di Simunjan20202021
Penduduk Bekerja (‘000)21.321.4
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%)70.669.9
Kadar Pengangguran (%)4.75.5

PENDIDIKAN

Bilangan Sekolah, Guru dan Murid Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Daerah Simunjan
Tahun20202021
SekolahSekolah RendahSekolah MenengahSekolah RendahSekolah Menengah
494494
Guru722229708220
Murid4,47652,763 + 484,6602,866 + 61

KESIHATAN

Bilangan Hospital dan Klinik Kerajaan, Simunjan Bagi Tahun 2020 dan 2021
Tahun20202021
Hospital11
Klinik77

Projek pembangunan berimpak tinggi yang talah dan akan dilaksanakan di daerah Gedong dan daerah Simunjan pada tahun 2022 hingga 2023

BILNAMA PROJEKDAERAHKOS/PERUNTUKAN
1Projek Benteng Hakisan Kampung GedongGedongRM48.4 juta
2Pembinaan dua jalan baharu berkembar dari Serian ke Gedong sepanjang 19 kilometerGedongTidak dinyatakan
3Jalan empat laluan sepanjang 74 kilometer yang menghubungkan Gedong, Kota Samarahan dan SerianGedongTidak dinyatakan
4Projek Jalan Lubok Terenggas ke Kampung Gedong sepanjang 6.85 kilometerGedongTidak dinyatakan
5Projek Pembinaan Mini Isthmus GedongGedongTidak dinyatakan
6Projek Pembinaan Jalan Gedong ke SamalatongGedongRM250 Juta
7Anjung Pembangunan Usahawan Gedong di tanah selaus 3.8 ekarGedongRM5 juta
8Projek penyambungan saluran paip air dari Loji Rawatan Air Slabi di Serian ke Gedong dan SimunjanGedongRM133 juta
8Projek Pembinaan Kompleks SukanGedongRM15 juta
10Projek pembinaan jalan baharu bagi menghubungkan Gedong, Simunjan dan SamarahanGedongRM50 Juta
11Projek penahan hakisan tebingan sungai secara menyeluruh di kawasan SimunjanGedongRM79 juta
12Projek benteng hakisan di kawasan Kampung  Sageng, SimunjanGedongRM30 juta
13Projek Komersial SimunjanSimunjanRM16.3 Juta
14Projek membina jalan di Kampung Teras sepanjang 270 meterSimunjanRM250,487.64
15Projek membina jambatan konkrit yang menghubung jalan ke kebun nanas Kampung Sedilo sepanjang 12 meter dan lebar 4.5 meterSimunjanRM374,194.00
16Projek membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Lubuk Jerin Kampung Sungai Lingkau sepanjang 12 meter dan lebarnya 4.5 meterSimunjanRM335,168.00
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article