- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jejambat Sibu, Seksyen Sibu Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Dibuka Secara Rasmi

Must read

Jejambat Sibu, Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, dibuka secara rasmi tepat jam 6 petang semalam (28 Mei 2023) sejurus pengumuman Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika melakukan lawatan ke jejambat berkenaan pada hari berkenaan.

Dari arah Lapangan Terbang Sibu menuju ke Bintulu
Pandangan udara dari arah Bandar Sibu

Dalam pada yang sama beliau turut mengingatkan agar pengguna sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi had laju dan cara betul melakukan pusingan P.

Jejambat dengan empat (4) lorong dua (2) hala sepanjang 685 meter  ini telah mula dibina pada tahun 2016 dan dijangka memberi manfaat kepada pengguna jalan raya terutama laluan kedua-dua hala Bintulu – Airport Sibu/ Kuching dengan kos keseluruhan pembinaan jejambat ini adalah berjumlah RM61 juta.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Encik Hashim Sahari, Pengurus Zon Tengah Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB) JKR Sarawak; Sahrein Maloh, Pengurus Komunikasi Korporat dan Isu Tanah  CLPB JKRS; wakil pihak konsultan dan kontraktor.

Suasana malam dari arah Lapangan Terbang Sibu menuju ke Bintulu
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article