- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perusahaan Sosial dalam Pembangunan Sektor Ekonomi Baharu di Sarawak

Must read

Matlamat Pembangunan Pelan untuk Pemain Ekosistem Perusahaan Sosial di Sarawak bertujuan untuk mengenal pasti fokus-fokus utama dalam pembangunan ekosistem bagi memastikan keberkesanan rangka tindakan yang lestari dalam usaha Sarawak menuju era ekonomi baharu melalui digitalisasi dan inovasi.

Pusat Inovasi Digital TEGAS telah menjalinkan kerjasama dengan Me.Reka untuk pelaburan dalam Program TEGAS Social Impact Accelerator (SIA) 2021. Me.reka adalah perusahaan sosial pendidikan berinovasi  yang menyediakan program pembinaan kapasiti.

Program SIA menjadi platform dalam melahirkan perusahaan sosial di Sarawak Sumber: Facebook Sarawak Digital and Innovation

Ia adalah program enam bulan yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan keusahawanan sosial di Sarawak, direka khas untuk rakyat Sarawak dan mengambil kira konsep kelestarian, pencapaian dan impak sosial.

Terdapat tiga (3) fasa dalam garis masa Program SIA menerusi pendedahan kepada kemahiran digital, alatan, sumber dan bimbingan. Usahawan yang terlibat akan menikmati bimbingan daripada pakar industri dalam initiatif meningkatkan strategi pemindahan teknologi dalam keusahawanan sosial. 

Fasa pertama program dimulakan dengan Masterclass sepanjang dua (2) hari (25 & 26 September 2021) yang memberi pendedahan tentang ilmu asas yang merangkumi teori dan model perniagaan, perancangan strategi serta sumber dan alat pemasaran digital.

Perusahaan sosial sebagai pelaburan dalam usaha mewujudkan sektor ekonomi baharu di Sarawak Sumber: The Edge Market

Enam (6) perusahaan sosial cemerlang dari Kuching, Bintulu, Miri dan Long Nen telah terpilih untuk fasa pertama iaitu Pungu Borneo, Jonita Enterprise, Edaberan, SupaReaders, Foodster King dan Timogah.

Selain memperbaiki kecekapan peserta dalam teras perniagaan, fasa pertama turut dilengkapkan dengan tugasan spesifik bagi memastikan para peserta menjalani refleksi diri dalam operasi perniagaan.

Fasa kedua (16 dan 17 Oktober 2021) pula merupakan fasa yang sangat komprehensif kerana peserta mempelajari pengetahuan bagi syarikat pemula, proses mendapatkan rakan kongsi sehingga memformalkan, alatan serta kemahiran strategi yang diperlukan bagi membawa produk ke pasaran serta pengurusan kewangan. 

Program TEGAS Social Impact Accelerator (SIA) 2021 SIA merupakan pelaburan untuk lahirkan usahawan sosial tempatan Sarawak Sumber: The Tuyang Initiative

Urban Jungle, WAT Academy (M) Sdn Bhd, Amogha Tech Sdn Bhd, Achim Enterprise dan D.Goods Product Enterprise merupakan perusahaan yang berjaya menyelesaikan modul dan diberi akses terhadap geran RM35,000. 

Fasa terakhir dalam Program SIA adalah enam (6) bulan Bimbingan Mentor (November 2021 – April 2022). Perusahaan sosial yang terlibat diberi kemudahan untuk mencapai rangkaian dengan pakar-pakar industri, sumber dan dana bagi mengekalkan perkembangan perniagaan seiring dengan pembangunan ekonomi digital.

Strategi pemasaran digital difokuskan dalam pembangunan perniagaan peserta Program SIA Sumber: Bumbu Agency

Mentor bertanggungjawab untuk membantu dalam mencari cara untuk memajukan perniagaan, menilai impak sosial produk, mengambil kira kebarangkalian dan tunjuk ajar panduan untuk penyelesaian masalah melalui sesi bimbingan secara langsung. 

Mereka mendapat akses fasiliti daripada Hub Inovasi Digital SMA-Tegas (Kuching, Bintulu dan Miri) dan Me.reka Makerspace di Kuala Lumpur, menerima akses enam bulan ke platform bimbingan dalam talian Futurelab’s, biasiswa untuk kursus pensijilan profesional Institut Pemasaran Digital dan berpeluang mengambil bahagian dalam program Kampung Digital TEGAS.

Keusahawanan sosial signifikan dalam ekosistem ekonomi dan kebanyakannya usahawan yang berasal dari kawasan pedalaman atau luar bandar Sumber: Borneo Post Online

Justeru, setiap fasa dalam pelaksanaan Program SIA jelas mempengaruhi kecekapan perusahaan sosial dalam membangunkan perniagaan berpusatkan digital dan inovasi yang selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membina sektor ekonomi baharu menjelang tahun 2030.

Hab Inovasi Digital Bintulu Sumber: Facebook Bintulu INFO
Mereka Makerpace di Kuala Lumpur adalah salah sebuah platform bimbingan yang disediakan untuk peserta Program SIA Sumber: Laman Rasmi Me.Reka Makerspace
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article