- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

CENTEXS Memajukan Sektor Pertanian Ekonomi Hijau di Sarawak

Must read

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (Abang Johari) mahu sektor pertanian Sarawak dinaiktaraf kepada pertanian moden yang bertunjangkan ekonomi hijau demi kemaslahatan rakyat Sarawak. 

Abang Johari yakin bahawa pendigitalan dalam sektor pertanian signifikan bagi menjana pulangan yang tinggi dengan mengambil kira sekuriti makanan domestik dan global agar tidak lagi diklasifikasikan sebagai ‘sektor ekonomi lama’.

Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Santubong telah menjadi platform buat kerajaan melahirkan tenaga mahir kerana kelebihan Sarawak yang kaya dengan sumber semula jadi memerlukan inovasi untuk merealisasikan hasil ekonomi yang bersifat lestari.

Sesi lawatan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke makmal Green Energy Testbed di CENTEXS untuk melihat proses penyulingan air menggunakan tenaga solar Sumber: BERNAMA
Majlis Memorandum Persefahaman antara CENTEXS, Solarvest Borneo dan Huawei Malaysia untuk membangunkan Makmal Tenaga Hijau di CENTEXS Sumber: DagangNews.com

Kerajaan kekal relevan dalam ekonomi hidrogen dengan memberi tumpuan dalam mempromosikan penggunaan hidrogen sebagai tenaga alternatif dalam pembangunan sektor pertanian selain industri automotif.

Abang Johari dalam kenyataan semasa lawatan makmal Green Energy Testbed di CENTEXS menyatakan bahawa penyelidikan penggunaan hidrogen sebagai sumber bahan api untuk tenaga adalah salah satu inisiatif merendahkan suhu atmosfera.

Makmal Green Energy Testbed di CENTEXS telah melaksanakan kajian dan penyelidikan terhadap proses penyulingan air menggunakan tenaga solar sebagai salah satu inisiatif untuk  menghasilkan satu bentuk tenaga baharu berasaskan hidrogen. 

Pada 11 Januari 2023, Abang Johari telah merasmikan Makmal Tenaga Hijau dan Precision & Discipline Agriculture Testbed di CENTEXS yang terhasil daripada kerjasama antara CENTEXS dan Solarvest Borneo Sdn. Bhd. dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. 

Premier Sarawak komited dalam usaha menggerakkan ekonomi hijau di Sarawak dan melancarkan SDEC-Precision and Discipline Agriculture Facility (PDAF) di CENTEXS, Santubong Sumber: Laman Rasmi TVS

Antara latihan yang ditawarkan di Makmal Hijau  adalah Program ‘Green Hydrogen’, ‘Smart Solar PV’ dan ‘Green Mobility & Storage’ bertujuan untuk program pembelajaran berkaitan tenaga hijau dan tujuan kajian dan penyelidikan. 

Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) dengan kerjasama CENTEXS juga telah melancarkan “SDEC-Precision and Discipline Agriculture Facility (PDAF)” atau SDEC-PDAF bagi memacu inovasi digital dalam industri pertanian.

Pelancaran PDAF untuk Rumah Hijau dan Kawasan Terbuka di Malaysia di CENTEXS merupakan langkah tepat ke arah pertanian pintar seterusnya mengurangkan impak perubahan iklim yang kini menjadi isu utama dunia. 

Teknologi hijau memberikan banyak manfaat untuk menjamin sekuriti makanan setaraf dengan standard global Sumber: Laman Rasmi Bernama TV

Demi pembangunan tenaga hijau, kerajaan komited melabur dalam pembangunan bakat dalam kalangan petani dan usahawan tempatan dan ia disokong oleh Netafim Solution, penyedia teknologi global dalam industri pertanian.

Sistem SDEC-PDAF adalah sistem pertanian berteknologi tinggi bersepadu pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi netafim dan dibina mengikut piawaian global. 

Menurut pengerusi SDEC, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, SDEC-PDAF terdiri daripada dua rumah hijau dan kawasan pertanian terbuka yang direka khusus untuk aktiviti pertanian kawasan tanah rendah.

Ia turut dilengkapi stesen cuaca, Internet untuk segalanya (IoT) dan sistem automatik dalam pemantauan tanaman fertigasi dan sistem pengairan dan mempamerkan teknologi digital termaju dalam operasi pertanian moden di Malaysia.

Kerajaan menggalakkan rakyat untuk konsisten dalam mengaplikasikan pertanian yang berteraskan penggunaan tenaga hijau di Sarawak Sumber: Enviro Knowledge Management Center (EKMC)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article