Majlis pelancaran dan flag-off konvoi disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip pada jam 9 pagi bertempat di Naim Street Mall, Bintulu Paragon pada Ahad (11 Jun 2023).
Konvoi terdiri daripada kelab pemotoran dan pacuan 4 roda di Bintulu iaitu Bintulu Bikers Community,Central Zone Bikers dan Kelab Pacuan 4 Roda Bintulu. Konvoi melibatkan sebanyak 30 kenderaan serta 40 motosikal berkuasa tinggi.
Konvoi seramai 120 peserta konvoi diketuai Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Mazuki ini tiba di Sebauh pada jam 10 pagi yang disambut oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Mereka kemudiannya dipersembahkan dengan tarian singa, paluan kompang serta persembahan kebudayaan.
Turut hadir Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh, William Manggoi, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Jenny Bangga dan Ahli Perniagaan, Tan Sri Yee Ming Seng.