- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak (SDDCM) Bil 3/2023

Must read

Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak (SDDCM) Bil 3/2023 telah diadakan di Lawas pada 27 Mei 2023.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Hasil daripada mesyuarat berkenaan, Premier Sarawak telah memaklumkan beberapa perkara antaranya :

  • cadangan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mewujudkan “Trans Borneo Railway” (Landasan Kereta api Borneo) yang akan melibatkan tiga (3) buah negara (Malaysia, Indonesia dan Brunei) yang memerlukan kajian serta perbincangan lanjutan
  • prestasi Ekonomi Sarawak meningkat di luar jangkaan dengan pendapatan sejumlah RM11.5 bilion (melepasi sasaran asal RM10 bilion)
  • Sarawak akan menuju ke arah ekonomi baharu yang bakal menjana sumber pendapatan akan melibatkan “Carbon Trading” , “Carbon Storage” dan yang terkini “Alga”
  • cadangan untuk mewujudkan bahagian pentadbiran baharu yang mungkin melibatkan daerah Limbang, daerah Lawas kemungkinan juga daerah Baram. Kajian lanjutan akan dilaksanakan oleh Unit Pentadbiran di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.
Bahagian Limbang (termasuk daerah limbang dan daerah Lawas) akan disambung dengan Grid Elektrik Sarawak pada tahun 2024 atau pada awal 2025 yang akan mengakhiri masalah bekalan elektrik di bahagian ini
Ketercapaian Internet akan dipertingkatkan di Limbang dan Lawas dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui langkah intervensi Sarawak dengan tumpuan menara yang belum ada liputan

Manakala perkara yang khusus mengenai Bahagian Limbang termasuk :

  • Sarawak Energy telah diarahkan untuk membuat kajian mengenai Hidro Power di Trusan, Limbang yang akan meningkatkan lagi Tenaga Di Perbaharui Sarawak. Untuk itu, Petronas yang menerajui projek ini bersama Sarawak Energy dan pihak-pihak lain yang berminat.
  • Bahagian Limbang (termasuk daerah limbang dan daerah Lawas) akan disambung dengan Grid Elektrik Sarawak sebaik menjelang tahun 2024 atau pada awal 2025 yang akan mengakhiri masalah bekalan elektrik di bahagian ini
  • ketercapaian Internet akan dipertingkatkan di Limbang dan Lawas dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui langkah intervensi Sarawak dengan tumpuan menara yang belum ada liputan.
  • Kerajaan Sarawak melalui RECODA bertindak mengambil langkah awal membiayai sejumlah RM160 juta untuk sekolah daif di daerah Limbang dan daerah Lawas.
Projek pembinaan Jambatan Bandar Lawas baharu yang menelan kos sebanyak hampir RM149 juta menghubungkan Pekan Lawas dengan kawasan ladang di seberangnya dijangka siap pada Julai 2025 dan projek tersebut kini mendahului jadual
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article