- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hornbill Skyway Terima Kontrak Lima Tahun Daripada PETRONAS

Must read

Sejak mula beroperasi pada 1 Mac 1978, Syarikat Hornbill Skyways Sdn. Bhd. semakin berkembang maju dengan memperluaskan perkhidmatan dan operasi serta menyediakan pengangkutan pesawat ke kawasan pedalaman Sarawak.

Sehingga hari ini, Hornbill Skyways adalah diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan yang terkemuka di negeri ini dengan memiliki kakitangan yang berkelayakan serta berpengalaman dalam pelbagai kepakaran.

Tenaga kerja yang profesional turut menyediakan kepakaran praktikal dan berwibawa bagi memastikan Hornbill Skyways dapat mengekalkan standard premiumnya.

Sehubungan itu, Hornbill Skyways telah memperoleh kontrak selama lima (5) tahun daripada syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi perkhidmatan helikopter luar pesisir (OHS) bagi operasi di Miri yang telah bermula pada 1 April 2023.

Ia merupakan kontrak bersepadu yang melibatkan enam (6) Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) iaitu Hornbill Skyways Sdn. Bhd., PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., Sarawak Shell Bhd., SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc., MubadalaEnergy (SK320) Ltd., JX Nippon Oil & Gas Exploration and Production.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, ini merupakan peristiwa bersejarah Sarawak kerana buat julung kalinya sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Sarawak ditawarkan kontrak berkenaan.

Premier Sarawak mencapaikan ucap tama beliau

Beliau menyifatkan pencapaian seumpama ini adalah hasil daripada sikap dedikasi, kerja keras dan komitmen pasukan Hornbill Skyways serta kecemerlangan mereka dalam bidang penerbangan.

Kerjasama ini bukan sahaja akan mengukuhkan industri penerbangan malah ia juga merupakan visi Kerajaan Sarawak untuk memacu ekonomi Sarawak, meningkatkan keupayaan dan mempromosikan bakat dan kepakaran anak tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Hornbill Skyways dan kotraktor pengaturan petroleum di Kuching pada 15 Jun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Hornbill Skyways, Encik Miron Kumer Ganguly menyampaikan ucapan alu-aluan
Enam (6) Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) menandatangani memodandum persefahaman (MoU)
Premier Sarawak menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Syarikat Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Di bawah kontrak itu, Hornbill Skyways akan menggunakan tiga helikopter jenis Airbus H175 bagi tujuan OHS di Miri.

Beliau berharap kontrak ini nanti akan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak tempatan untuk menceburi industri minyak dan gas serta penerbangan sekali gus akan membuka pintu kepada pekerjaan dan latihan lanjut untuk pekerja mahir.

Upacara menandatangani memorandum persefahaman ini turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkhidmatan Teknikal antara Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan rakan kongsi teknikal untuk operasi di Miri iaitu HAS International Sdn Bhd..

Dalam sebuah kenyataan media, dinyatakan bahawa HAS International Sdn. Bhd. merupakan sebuah entiti milik penuh rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman operasi selama 10 tahun dalam sektor minyak dan gas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hornbill Skyways menyampaikan cenderahati berbentuk replika helikopter kepada Premier Sarawak

Justeru, Hornbill Skyways telah mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Airbus H175 enjin berkembar berkuasa sederhana untuk kontrak bersepadu ini di mana ia merupakan salah satu model helikopter termaju untuk operasi luar pesisir yang dikeluarkan oleh Airbus yang juga telah diterima dan diluluskan oleh pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Airbus H175 boleh menyediakan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dengan rangkaian lanjutan dengan muatan yang lebih tinggi untuk operasi luar pesisir.

Airbus H175 ini dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih dan teknologi terkini yang memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang semasa penerbangan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article