- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Menyokong Wanita dalam Pembangunan Ekonomi di Sarawak

Must read

Bersempena Sambutan Hari Wanita 2023, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah mengelolakan Program Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak Siri 1 2023 pada 4 dan 5 Mac 2023

Perasmian Program Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak Siri 1 2023 telah dilancarkan  oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus di pusat beli-belah CityOne, Kuching.

Majlis Perasmian oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak. Sumber: JWKS

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam secara formal dan informal di Sarawak.

Ia turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai perkhidmatan agensi-agensi kerajaan ke arah pembangunan kerjaya sekali gus meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor industri.

Latihan Kemahiran Digital mustahak bagi golongan wanita d Sarawak kekal relevan dalam industri profesional dan keusahawanan. Sumber: JWKS

Oleh itu, program ini mampu meningkatkan kedudukan ekonomi wanita terutamanya di Sarawak kerana ia berfokuskan kepada pembangunan sumber daya wanita yang mustahak dalam usaha melahirkan wanita yang berdikari dan stabil dalam menguruskan tanggungjawab harian.

Antara inovasi sosial bagi penambahbaikan kemahiran wanita melalui program ini adalah latihan keusahawanan digital seperti e-Marketing yang berpotensi menjadikan usahawan wanita celik e-dagang dan mampu menggunakannya secara “hands on” dalam industri perniagaan.

Ia juga salah satu usaha JWKS di dalam menerapkan elemen digital dalam kalangan wanita seiring dengan saranan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan transformasi ke arah digitalisasi.

Melalui kerjasama dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Shopee Malaysia Sdn. Bhd dalam menyediakan latihan keusahawanan, menunjukkan JWKS kekal komited dalam melahirkan tenaga kerja profesional dan usahawan wanita yang bertaraf antarabangsa

Komponen dalam Program Jelajah Kerjaya Wanita

Walau bagaimanapun, golongan wanita di luar bandar menghadapi akses yang terhad untuk melibatkan diri secara fizikal bagi memanfaatkan peluang yang disediakan dalam program ini atas faktor kedudukan geografi yang jauh, kekurangan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan serta kos perbelanjaan yang tinggi.

Seterusnya, program ini juga telah menghubungkan wanita khasnya dengan pelbagai pihak apabila adanya sokongan daripada pelbagai agensi awam Negeri dan Persekutuan yang menyediakan khidmat bantuan kepada usahawan wanita di dalam memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Fokus Program Jelajah Kerjaya Wanita untuk mengetengahkan penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi di Sarawak

Dari segi pembinaan karier, JWKS melalui kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berusaha meningkatkan penglibatan majikan tempatan daripada pelbagai sektor industri bagi menyediakan kemudahan permohonan pekerjaan secara atas talian dalam kalangan wanita dilaksanakan sepanjang tempoh program tersebut.

Justeru, Program Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak telah menjadi wadah dalam memberikan maklumat dan pendedahan kepada wanita di Sarawak berhubung penyertaan wanita dalam pembangunan masyarakat melalui inisiatif dan inovasi sosial.

Impak Jangka Masa Panjang Program Jelajah Kerjaya Wanita dalam Pembangunan Kemahiran Wanita
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article