- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Lundu Mempunyai Masa Depan Yang Cerah

Must read

Daerah Lundu satu ketika dulu dilihat sebagai Daerah yang agak mundur, terpencil bahkan jaraknya yang agak jauh dari bandar raya Kuching pernah dilabel sebagai kawasan yang sunyi dan tidak menarik.

Walau bagaimanapun, status Daerah terpencil dan bandar yang sunyi itu telah berjaya diubah kerana Lundu kini sedang meniti fasa baru dalam pembangunan yang lebih pesat.

KK Selip anak Ambun dari Kampung Sebiris menyatakan bahawa masyarakat di Lundu kini sedang menikmati impak daripada pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan seperti kemudahan infrastruktur jalan, jambatan serta kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

KK Selip anak Ambun

Selain itu, banyak bangunan-bangunan baharu telah dibina, penambahbaikan fasiliti di pantai-pantai, pembukaan jalan ke pusat-pusat pelancongan dan sebagainya.

Tambah beliau, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) telah diwujudkan, di mana ia merupakan satu inisiatif terbaik Kerajaan Sarawak bagi menarik minat lepasan-lepasan sekolah untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di CENTEXS Lundu ini.

Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) telah diwujudkan

Menurut Kaunselor Empan anak Josay, impak daripada pembangunan, penduduk tidak kira tua dan muda kini mempunyai semangat untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan manakala pelajar-pelajar sekolah pula kini lebih fokus dengan pembelajaran mereka.

Kaunselor Empan anak Josay

Sebagai salah seorang ahli majlis, mereka sangat menekankan tentang ekopelancongan kerana Lundu mempunyai banyak tempat menarik seperti pantai, air terjun dan kawasan gunung yang dapat menarik ramai pelancong untuk datang ke Lundu.

Lundu kini sudah semakin sesak dengan pertambahan kenderaan, malah banyak hotel dan inap desa telah dibangunkan, justeru dari sinilah kita dapat lihat bahawa Daerah Lundu semakin membangun.

Bagi KK Anil anak Basuni (Kampung Sebako 1), 10 tahun adalah satu jangka masa yang agak panjang dan dalam tempoh tersebut kita dapat menyaksikan banyak perubahan misalnya dari segi kesesakan jalan raya di pekan Lundu setiap kali hujung minggu dan cuti umum.

KK Anil anak Basuni (Kampung Sebako 1)

Kesesakan jalan raya ini adalah berpunca daripada orang luar yang datang berkunjung ke Lundu sama ada untuk tujuan bercuti, menghadiri majlis tertentu dan sebagainya.

Kita juga dapat menyaksikan produk-produk pelancongan di Daerah Lundu dan Sematan semakin dikenali dan ramai pelancong-pelancong dari luar Kuching turut datang bertandang ke Daerah Lundu.

KK Normin anak Sujang (Kampung Sebako 2)menyatakan beliau berbangga dengan perubahan yang berlaku di Lundu ketika ini jika dibandingkan dengan lebih 10 tahun yang lalu.

Bukan hanya infrastruktur asas yang dapat disaksikan ketika ini, malah penduduk juga dapat menyaksikan banyak bangunan-bangunan baharu dibina, kemudahan-kemudahan asas ditambah baik, fasiliti di pantai dinaiktaraf, pembukaan jalan-jalan ladang, dan banyak lagi.

Daerah Lundu sudah dapat dihubungi melalui jalan raya utama iaitu Jalan Pan Borneo

Beliau juga amat bersyukur kerana Lundu sudah dihubungi dengan jalan raya utama iaitu Jalan Pan Borneo yang telah berjaya menyingkatkan masa perjalanan dari Lundu ke daerah-daerah lain seperti Bau, Kuching, Samarahan dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article