- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Dewan Suarah Tempat Penyatuan Masyarakat Sarawak

Must read

Dewan Suarah yang diwujudkan di setiap bahagian pada asalnya menyediakan tempat penganjuran aktiviti sosial, budaya, keagamaan dan sukan melibatkan semua lapisan masyarakat. Boleh dikatakannya ia lambang penyatuan masyarakat di Sarawak

Secara ringkasnya, pada asalnya Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sarawak bertanggungjawab ke atas pembinaan 12 Dewan Suarah di seluruh Sarawak.

Lokasi Dewan Suarah

Melalui kertas kerja Pengurusan Dewan Suarah oleh Kementerian Alam Sekitar dan Pelancongan (Kertas No.3A/87 bertarikh 13 Julai 1987) telah menyatakan bahawa Peruntukan bagi pembinaan Dewan Suarah adalah di bawah Tajuk 61 Bangunan Kerajaan dalam Anggaran Pembangunan. Perkara ini di bawah kawalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Melalui mesyuarat Majlis Negeri pada 24 Mac 1988, Pentadbiran dan Pengurusan Lembaga Dewan Suarah telah diluluskan. Seterusnya Kementerian Pembangunan Sosial telah diamanahkan untuk menyelia dan mengurus Dewan Suarah.

“Idea membina Dewan Suarah adalah untuk membolehkan rakyat berbagai latar belakang berkumpul bersama-sama atas dasar tujuan, objektif dan keinginan yang sama; yang boleh diterjemahkan sebagai ungkapan budaya. Justeru, berbagai aktiviti seperti pameran mengenai pembelajaran atau pendidikan tidak formal, dan juga aktiviti kebudayaan yang dapat meningkatkan sensitiviti kita sebagai manusia wajar diadakan di Dewan Suarah.

Ekstrak daripada Mantan Ketua Menteri (kini TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud) pada perasmian Dewan Suarah Kapit, 30 Ogos 1989

Dewan Suarah Kuching
Dewan Suarah Sibu
Dewan Suarah Bintulu

Objektif Pengurusan Dewan Suarah ( seperti yang diekstrak Mantan Ketua Menteri (kini TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud)

  • Menyokong Politik Pembangunan ” Pertemuan budaya dan nilai”.
  • Memupuk integrasi nasional, muhibah dan persefahaman di kalangan semua masyarakat
  • Tumpuan aktiviti di Bahagian,  Bandar dan Daerah .
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Suarah, termasuk aktiviti kebudayaan, seni, sukan, rekreasi, sosial dan berorientasikan saintifik.
  • Antara kemudahan yang terdapat di Dewan Suarah ialah dewan serba guna, dewan pameran, muzium mini, perpustakaan, kompleks stadium sukan, auditorium, gimnasium, asrama, bilik mesyuarat dan bilik tetamu kehormat
Dewan Suarah Bau
Dewan Suarah Baram (Marudi
Dewan Suarah Sarikei

NoLokasiSiap dan Beroperasi
1Dewan Suarah Sarikei16 Jun 1988
2Dewan Suarah Miri20 Jun 1988
3Dewan Suarah Sibu4 Julai 1988
4Dewan Suarah Bintulu5 Julai  1988
5Dewan Suarah Limbang11 Julai 1988
6Dewan Suarah Mesra Mukah25 Julai 1988
7Dewan Suarah Kuching4 Septembar 1988
8Dewan Suarah Sri Aman19 September 1988
9Dewan Suarah Kapit30 Ogos 1989
10Dewan Suarah Bau25 Mei 1990
11Dewan Suarah Baram (Marudi)4 September 1991.
12Dewan Suarah Kota Samarahan5 Mac 1995
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article