- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kejayaan Pembakar Semangat Untuk Terus Gigih

Must read

Sebagai kakitangan Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam yang berada di bawah pengurusan Perpustakaan Negara Malaysia dan pemantauan Pustaka Negeri Sarawak, Puan Saadiah Maliki, Penolong Pustakawan Merangkap Penyelia Perpustakaan Desa Zon 7 Sarawak, berusaha mengemukakan cadangan untuk menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan peredaran zaman hari ini.

Penolong Pustakawan Merangkap Penyelia Perpustakaan Desa Zon 7 Sarawak, Puan Saadiah Maliki

Bagi beliau, perancangan program dan strategi perlaksanaan program adalah perkara penting yang tidak pernah diambil mudah kerana ia boleh memperlihatkan perkhidmatan Perpustakaan Desa Hulu Maludam itu berkesan atau sebaliknya.

Hal ini kerana, perpustakaan adalah sebuah premis kerajaan yang memiliki objektif, misi dan visi  tersendiri apabila ia diwujudkan.

Justeru, faktor inilah yang telah mendorong beliau untuk lebih fokus dalam hal merancang sesuatu program sejajar dengan objektif, misi dan visi kewujudan sesebuah perpustakaan.

Antara program yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Hulu Maludam ialah Program Kelas Dewasa yang menyasarkan penglibatan golongan dewasa untuk berkunjung ke perpustakaan dan program Kelas Asas Komputer.

Dedikasi beliau ini telah diberikan pengiktirafan apabila beliau telah dianugerahkan Individu Cemerlang, Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak sebanyak dua (2) kali iaitu pada tahun 2020 dan 2022.

Bagi beliau, selain menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih, kejayaan itu juga telah dapat memberi keyakinan kepada beliau untuk terus menabur bakti dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti di Kampung Hulu Maludam.

Berkongsi pengalaman yang dilalui, antaranya di mana beliau terpaksa mengerah tenaga dan mencari idea yang bernas sehabis baik untuk dapat diterima pakai dan mendapat sambutan komuniti dalam dunia yang serba moden hari ini.

Sementara itu, mengetahui dan melihat segala hasil penat lelah, kerja keras dan pecahan idea yang bernas dalam sesuatu perkara sehingga ia memberi impak positif yang menjadi buah mulut komuniti merupakan kenangan manis yang sentiasa kekal bagi beliau.

Sepanjang perjalanan atau proses persiapan perlaksanaan dan penilaian, beliau tetap memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab hakiki yang boleh mengangkat nama baik jabatan dengan meletakkan perkara yang mustahil kepada perkara yang tidak mustahil kepada diri beliau.

Beberapa strategi telah digunakan untuk melaksanakan kedua-dua program ini iaitu mengenal pasti kumpulan sasaran; menghadirkan diri ke perpustakaan setiap minggu; dan menggunakan modul pembelajaran.

Menurut beliau, semasa melaksanakan program ini, teknik ‘zero’ bajet telah dipraktikkan di mana tenaga pengajar yang dilantik adalah daripada kakitangan perpustakaan sendiri.

Tambah beliau, dengan memiliki sedikit pengalaman sebagai bekas seorang guru sebelum ini, ia sedikit sebanyak telah menyuntik semangat beliau untuk terus menabur ilmu walaupun sekiranya hanya dengan mengajar ABC sahaja.

Program kolaborasi bersama IPTA dan IPTS di Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam tidak mahu ketinggalan dan masih memerlukan usaha untuk menambah baik atau naik taraf kemudahan dan koleksi yang sedia ada.

Manakala dari segi koleksi pula, beliau telah mengemukakan cadangan agar pihak Perpustakaan Negara dan Pustaka dapat menyediakan koleksi yang terkini dan selaras dengan perkembangan pendidikan yang terbaharu pada masa ini.

Tambah beliau, antara elemen baharu yang boleh diserap atau diguna pakai dalam menjadikan Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam sebagai sumber utama rujukan maklumat dan perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat hari ini ialah dengan;

  1. Menyediakan Modul Kajian Tempatan

     Modul ini selalunya akan diguna pakai untuk sumber rujukan pelajar malah turut menjadi sumber rujukan pemimpin setempat untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan profil komuniti setempat.

  1. Sumber Digital

     Sumber Digital seperti U-Pustaka akan menjadi pautan maya komuniti bagi mendapatkan maklumat.

Program Belia yang diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam

Sehubungan itu, antara inisiatif yang telah dilaksanakan untuk pemerkasaan fungsi perpustakaan sebagai sumber rujukan utama dalam memantapkan ilmu pengetahuan dan sumber maklumat berguna kepada masyarakat ialah dengan mewujudkan;

  1. Laman Rasmi Facebook Perpustakaan Desa Kpg Maludam
  2. Instagram Perpustakaan Desa Kpg Maludam
  3. Youtube Channel – pdmaludamq7swk676
  4. Menyediakan Modul Kajian Tempatan Fizikal
  5. Mewujudkan Tik Tok Perpustakaan Desa Kpg Maludam

Dalam menyelaras peranan dan fungsi untuk mencapai matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030pula, Perpustkaan Desa Kampung Hulu Maludam telah menjalin kerjasama dengan pelbagai jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article