- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mengoptimumkan Penggunaan Tenaga Melalui Kediaman Pintar

Must read

– dipetik dan disesuaikan daripada keluaran RAKAN Sarawak July-September 2020 –

Usaha menjayakan kerangka Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) diteruskan dengan pelaksanaan projek Sarawak Smart Green Home atau singkatan SSGH.

Melalui inisiatif berkenaan, sebanyak 50 buah rumah kediaman di Kuching akan dijadikan projek rintis yang apabila dilancarkan kelak, bakal menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang menjalankan projek sedemikian.

Projek sistem kediaman pintar tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Air Kuching dengan syarikat Real Icon Sdn Bhd mengaplikasikan peranti Internet of Things (IoT) yang dinamakan ‘The Tessaract’, berfungsi sebagai meter utiliti ultra-pintar.

Sistem tersebut yang dilancarkan pada May 2019 bertujuan untuk mendapatkan bacaan meter penggunaan utiliti kediaman yang lebih cekap dan berkesan.

Bacaan meter bukan sahaja dapat dilakukan secara automatik dan dari jarak jauh, malah sistem berkenaan juga menggabungkan bacaan meter pelbagai utiliti yang diproses secara tunggal (single process).

Menurut Menteri Muda Elektrik Luar Bandar YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi yang melancarkan projek tersebut, hasrat kerajaan melalui SSGH adalah untuk memastikan pengguna mengurangkan penggunaan tenaga, air dan gas serta memelihara alam sekitar dengan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga.

Beliau sedar bahawa pengguna cuba untuk menurunkan kadar penggunaan sumber tenaga, air dan gas, namun tidak mempunyai kemudahan yang dapat menganggarkan penggunaan seharian.

Sehubungan itu, sistem tersebut berupaya membantu pengguna membuat anggaran penggunaan utiliti di kediaman mereka dan mengetahui berapa banyak jumlah wang yang terbazir daripada pembaziran tenaga dan seterusnya membantu memelihara alam sekitar.

YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman juga menyatakan bahawa pengenalan SSGH juga merupakan satu kaedah yang menyeronokkan dalam meningkatkan literasi teknologi di kalangan penduduk.

Melalui cara tersebut, Sarawak kini melangkah lebih dekat untuk mendukung negara ke arah ekonomi digital dan pada masa yang sama mendidik majoriti penduduk mengenai kehidupan pintar.

Inisiatif SSGH Ialah usaha yang menguntungkan golongan berpendapatan rendah yang merupakan kumpulan sasaran dalam pelaksanaan projek berkenaan kerana ia menyediakan kaedah yang murah dalam menjalani kehidupan pintar melalui aplikasi yang boleh dipasang dan dikawal dengan menggunakan telefon pintar.

Apa itu Rumah Pintar?

‘Rumah pintar’ ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan rumah kediaman yang menyediakan pemilik kemampuan untuk mengendalikan peranti dan perkakas rumah mereka melalui aplikasi yang dipasang di telefon pintar atau komputer.

Mendiami rumah pintar bermaksud, pemilik kediaman boleh menghidupkan atau mematikan peranti yang disambung dengan talian internet dan boleh dikendalikan dari jarak jauh walaupun pemilik kediaman tidak berada di rumah.

Kehidupan pintar dapat membantu pemilik kediaman menjimatkan penggunaan air dan tenaga dalam jangka masa panjang dengan mengesan penggunaan utiliti secara dalam talian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article