- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Sarawak Tampilkan Elemen Patriotik

Must read

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Sarawak menampilkam kelainan menerusi elemen patriotik yang disemarakkan bersama badan beruniform.

Persembahan War Cry oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PGA) Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dan Fire Cry oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyerlahkan lagi elemen patriotik yang berorientasikan kepelbagaian dalam perpaduan dan bersandarkan pada aspirasi Malaysia MADANI.

Turut dipersembahkan ialah flashmob gabungan PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak dan Politeknik Kuching (POLIKU).

Majlis yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 3 Ogos 2023.

Para tetamu kehormat mengibarkan Jalur Gemilang (Foto JAPEN Sarawak)

Beliau turut menyempurnakan simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada tetamu-tetamu kehormat yang hadir, antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Pengarah JBPM Sarawak, YBhg Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Bin Mohd Hassan dan Pengarah JAPEN Sarawak, Jaafar bin Jantan.

Kemuncak acara telah menyaksikan pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang melibatkan 35 buah kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, swasta, Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persendirian yang diketuai oleh JAPEN Sarawak.

Konvoi akan mula bergerak dari Kuching untuk menjelajah ke setiap pelosok negeri hingga ke Lawas, seterusnya merentasi sempadan Sarawak hingga ke Sipitang, Sabah untuk menjelajah ke destinasi-destinasi lain bersama dengan pasukan KMJG JAPEN Sabah.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2023 (Foto JAPEN Srawak)
Kenderaan JAPEN Sarawak mengetuai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 (Foto JAPEN Sarawak)
Antara kenderaan yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gmeilang 2023 bersiap sedia untuk dilancarkan (Foto JAPEN Sarawak)

Kedua-dua pasukan bakal bergabung dalam semangat integrasi merentas sempadan Sarawak-Sabah bagi menyebarkan mesej-mesej kenegaraan kepada seluruh rakyat.

Dalam ucapan perasmian, Premier Sarawak menyeru seluruh rakyat Sarawak menyambut dan memberikan sokongan padu kepada konvoi KMJG yang membawa mesej patriotisme dan semangat kebangsaan kepada negara Malaysia.

Beliau juga menggesa rakyat Sarawak supaya menunjukkan semangat perpaduan negeri ini yang mendokong kedaulatan negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan berlangsung dan menterjemahkan semangat tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis kerajaan, swasta atau persendirian, kampung, rumah panjang malah juga di kenderaan masing-masing.

Menurut beliau, Sarawak merupakan contoh perpaduan dalam kepelbagaian yang berpaksikan konsep kebersamaan ‘Segulai Sejalai’ yang diyakini akan terus menjadi tunjang kepada pembangunan masyarakat di Sarawak dan menjadi dasar bagi pentadbiran kerajaan hari ini supaya dapat diteruskan legasi perpaduan oleh generasi akan datang.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian.

KKMJG2023 akan diteruskan pada 8 Ogos 2023 (bermula di Ibu Pejabat JAPEN Sarawak ke Serian, Sri Aman, Betong, Saratok dan Sibu), 9 Ogos (Sibu, Tatau, Bintulu), 10 Ogos (Bintulu, Miri, Limbang), 11 Ogos (Limbang, Lawas), 12 Ogos (Lawas, Sipitang), 13 Ogos (Sipitang, Lawas), 14 Ogos (Lawas, Brunei Darussalam, Bintulu) dan kembali ke Kuching pada 15 Ogos.

Persembahan war cry dengan elemen patriotisme oleh pasukan ATM
Persembahan war cry oleh PGA Sarawak (Foto JAPEN Sarawak)
Persembahan flashmob (Foto JAPEN Sarawak)
Persembahan fire cry daripada pasukan JBPM Sarawak yang menghiburkan
APM Sarawak turut mempersembahkan war cry
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article