- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PUSAKA Tumpu Modal Insan Berintegriti

Must read

Bahagian Integriti PUSAKA telah ditubuhkan pada 2 Disember 2019 bagi menyahut seruan penubuhan  Unit Integriti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013; diketuai oleh Puan Suraya Binti  Mohamad Ali (E52) dan dibantu oleh Puan Estee Dinimashida Ahmad Luthfi (W41) serta disokong oleh sebelas (11) orang anggota pelbagai gred.

Bahagian Integriti pada asalnya ditubuhkan bagi menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk Audit  Dalam dan Pengurusan Risiko selain daripada integriti sehingga 1 September 2020 dengan tertubuhnya Seksyen Audit Dalam dan Pengurusan Risiko berikutan saranan Lembaga Pengurusan PUSAKA.

Pengstrukturan semula Bahagian Integriti sekali lagi telah dibuat berkuatkuasa 9 Januari 2023 dengan  penggabungan Bahagian Integriti dengan Bahagian Pengurusan Risiko di bawah satu bumbung dan  dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti; diketuai oleh Tuan Haji Nadzam Al-Rush Bin  Datu Haji Putit, dibantu oleh Puan Sharifah Zainah Binti Wan Omar selaku Ketua Seksyen Integriti dan  disokong oleh lapan (8) orang anggota pelbagai gred.

Visi Seksyen Integriti ialah mewujudkan budaya integriti yang cemerlang di dalam organisasi dan Misi ialah  memperkukuhkan nilai integriti organisasi dengan memastikan pematuhan dasar dan prosedur serta  menyemai budaya integriti melalui pendekatan sistematik dan kakitangan yang cekap. Slogan Seksyen  Integriti ialah “Kami Tolak Rasuah”.

Objektif penubuhan Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti adalah untuk memberikan hala tuju dan  bimbingan kepada warga PUSAKA supaya mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu padu, berintegriti,  bermoral dan beretika. Selain itu, meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha  peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga PUSAKA dan menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan warga PUSAKA.

Seksyen Integriti melaksanakan 6 fungsi teras iaitu:

1. Tadbir Urus

2. Pengukuhan Integriti

3. Pengurusan Aduan

4. Pengesanan dan Pengesahan

5. Pematuhan

6. Tatatertib

Tadbir Urus – Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan dengan mencadangkan  penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem/prosedur dalam PUSAKA di  dalam menangani isu-isu integriti dan rasuah.

Pengukuhan Integriti – Memastikan pembudayaan,pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai  integriti wujud di PUSAKA melalui penyampaian maklumat kepada pihak pengurusan dan anggota  PUSAKA, mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti untuk  memantapkan amalan integriti di PUSAKA.

Pengurusan Aduan – Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat/aduan  berkaitan dengan isu integriti dan rasuah di PUSAKA.

Pematuhan – Memastikan pematuhan PUSAKA dalam perkara-perkara berkaitan dengan sistem  dan prosedur dan lain-lain peraturan yang dikuatkuasa dalam semua peringkat serta membuat  hebahan dan peringatan tentang peraturan dan pekeliling disamping memastikan Kod Etika  Agensi sentiasa diamalkan dan dipatuhi.

Pengesanan dan Pengesahan – Mengesan dan mengesahkan aduan berkaitan dengan isu  integriti dan rasuah serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan melaporkan  hasil siasatan yang bersifat pentadbiran dan tatatertib diselesaikan di peringkat jabatan dan hasil  siasatan yang bersifat jenayah dilaporkan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab  untuk tindakan lanjut.

Tatatertib – Melaksanakan kerja-kerja pengurusan tatatertib dan fungsi urusetia Lembaga  Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Demi memantapkan usaha-usaha ini, seramai empat (4) orang pegawai yang terdiri daripada gred 44  hingga 52 telah mengikuti kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) semenjak tahun 2019 sehingga kini.

Hasil usaha-usaha ini telah dibuktikan dengan beberapa pencapaian yang membanggakan termasuklah:

1. Penghargaan atas komitmen dan kerjasama dalam Pembudayaan Integriti dan Tadbir Urus Baik  Tahun 2019 daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS)

2. Pencapaian Pelan Anti Rasuah Organisasi keseluruhan sebanyak 73% setakat Jun 2023.

3. Pentauliahan empat (4) orang Pegawai Integriti bertauliah (CeIO)

4. Penubuhan Unit Integriti di tiga (3) buah anak syarikat PUSAKA yakni Harwood Timber Sdn. Bhd.

PUSAKA Capital Sdn. Bhd. dan Hornbill Skyways Sdn. Bhd.

5. Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022 – PERAK

Sejak penubuhan pada 2 Disember 2019, PUSAKA telah melaksanakan pelbagai program untuk  pengukuhan integriti selaras dengan keperluan pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri; di antaranya adalah  program jerayawara kesedaran nilai integriti kepada semua warga PUSAKA dan juga anak-anak  syarikatnya. Program pengukuhan integriti juga dipanjangkan ke anak-anak syarikat PUSAKA melalui  program Model Klon Integriti PUSAKA.

Sambutan Hari Integriti juga diadakan setiap tahun yang mana membuktikan bahawa PUSAKA adalah  sebuah agensi yang komited dalam melaksanakan program penerapan nilai integriti dan diamalkan oleh  setiap warga PUSAKA dalam setiap pekerjaan mereka.

Di samping itu, beberapa sesi libat urus diadakan bersama dengan kerjasama Bahagian Pengurusan  Integriti Agensi (BPIA), SPRM; bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik di antara SPRM dan  PUSAKA serta anak-anak syarikat PUSAKA, disamping merapatkan hubungan kerjasama terutamanya  berkaitan pencegahan rasuah di kalangan warga kerja dan pemegang taruh PUSAKA.

PUSAKA juga telah mendokumentasikan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan  Risiko Rasuah (CRM). Sebagai inisiatif dalam penerapan nilai integriti dan membendung gejala rasuah  PUSAKA juga telah menyediakan dan menguatkuasakan Polisi Integriti Korporat, Polisi Hadiah dan Polisi  Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Policy).

Jawatankuasa Anti Rasuah peringkat Kementerian dan PUSAKA juga turut ditubuhkan bagi menyediakan  platform untuk membolehkan isu-isu khas berkaitan integriti dan rasuah dibincang dan ditangani dengan  segera.

Pengurusan Aduan dan Pengesanan dan Pengesahan. PUSAKA juga didalam proses merangka Garis  Panduan Pengurusan Aduan Etika dan Pengesanan dan Pengesahan bagi aduan yang diterima.

Pengurusan Aduan Etika bertujuan memastikan pengurusan aduan/ maklumat kelakuan tidak wajar  berkaitan kesalahan tatatertib dan kesalahan jenayah manakala pengesanan dan pengesahan bertujuan  memastikan tindakan siasatan dalaman ke atas aduan/ maklumat kelakuan tidak wajar berkaitan  kesalahan tatatertib dan kesalahan jenayah dalam kalangan pegawai dan kakitangan agensi dikendalikan  dengan telus, sistematik, cekap dan adil serta menepati pekeliling-pekeliling berkaitan.

Sebagai usaha memantapkan lagi peranan integriti di PUSAKA, usaha ke arah pensijilan MS ISO  37001:2016 Anti Bribery Management Systems (ABMS) telah dimulakan sejajar dengan ketetapan di  bawah Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 3 Tahun 2019 yang dikuatkuasa pada 16 Mei 2019.

Sistem Pengurusan Anti Rasuah ini merupakan suatu sistem pengurusan yang dibina bagi membantu  sesebuah organisasi dalam mencegah, mengesan dan mengambil tindakan keatas kesalahan rasuah dan  mematuhi undang-undang anti rasuah. Dengan adanya pengiktirafan ini kelak adalah diharapkan bakal memberi keyakinan kepada pemegang taruh dan orang awam bahawa PUSAKA adalah sebuah agensi  yang mengamalkan nilai integriti di dalam setiap urusan kerja seharian.

Penetapan hala tuju dan tekad integriti PUSAKA bertumpu kepada modal insan yang berintegriti dan  strategi pelaksanaan yang praktikal. PUSAKA di dalam usaha menetapkan program-program dilaksanakan  secara berterusan dan inisiatif-inisiatif ini perlu dijalankan untuk mempertingkatkan pematuhan dan  mengurangkan salah laku sebagai usaha pemantapan integriti. Insiatif tersebut termasuklah :

1. Latihan dan pendidikan;

2. Program kesedaran;

3. Model Klon Integriti kepada anak-anak syarikat PUSAKA;

4. Pembudayaan inovasi;

5. Penambahbaikan proses kerja;

6. Pengurusan Aduan yang efektif dan telus;

7. Penyiasatan ke atas kes aduan yang adil dan telus;

8. Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP); dan

9. Pemantauan ke atas pengurusan risiko rasuah

Integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam kalangan warga PUSAKA sangat penting untuk memastikan  hala tuju, visi dan misi organisasi tercapai dan dilaksanakan dengan jayanya. Pembudayaan amalan  integriti mampu melahirkan warga PUSAKA yang lebih efisien, produktif dan beretika serta mampu  mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar yang ditetapkan adalah dipatuhi.

Pengurusan tertinggi dan barisan pengurusan PUSAKA juga memberikan komitmen yang tinggi dalam  memupuk budaya organisasi yang harmoni dan berintegriti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article