- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

153 Projek Pembangunan Dilaksanakan di Sibu 

Must read

Sejumlah  153 projek pembangunan (16 Projek Bukan Fizikal) diluluskan untuk Bahagian Sibu dengan jumlah siling peruntukkan RM746.5 juta.

Sehingga  31 Julai 2023, daripada jumlah tersebut sebanyak 62 projek (40.5%) telah disiapkan, 36 projek (23.5%) berada di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan; dan 39 projek (25.5%) adalah di bawah peringkat Perancangan.

Pada separuh pertama RMK-12, Sibu secara fizikal menunjukkan prestasi yang lebih baik. Walau bagaimanapun, dengan hasil daripada kajian Separuh Penggal RMK12 semasa, Sibu perlu meningkatkan lagi pencapaian mereka untuk mencapai apa yang disasarkan dalam PCDS 2030.

Perkembangan  ini diumumkan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak (SDDCM) Bil 4/2023 di Sibu pada 7 Ogos 2023.


Premier Sarawak mengadakan sidang media sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak (SDDCM) Bil 4/2023 di Sibu dan tinjauan projek berkaitan pada 7 Ogos 2023.Kredit Foto : UKAS

Pada perkara berkaitan, beliau turut memaklumkan Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek, Sibu  sedang diusahakan oleh konsultan dari Denmark yang kini sedang dalam proses dan akan disiapkan menjelang Julai 2024.

Inisiatif jangka panjang yang didorong oleh sektor swasta untuk membangunkan semula Bukit Assek yang seluas 201 hektar menjadi sebuah tempat yang moden dan bertenaga yang boleh menarik pelaburan dan meningkatkan sosioekonomi kawasan tersebut dan Sibu secara keseluruhannya.

Bagi tujuan tersebut, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) akan menyelia keseluruhan rancangan pembangunan semula bersama-sama dengan sektor swasta.

Projek jangka panjang yang didorong oleh sektor swasta untuk menyediakan penyelesaian pengurusan perumahan, komersial dan kawasan tadahan air selaras dengan aspirasi PCDS 2030.

Manakala mengenai Pelan Induk Tebatan Banjir (RTB) Sibu, projek  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, projek tersebut telah terbukti berkesan mengurangkan impak banjir ke bandar Sibu.

Premier Sarawak ketika melawat projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3) di Stesen Pam No.8 (Sungai Berangau)

Tujuan projek untuk RTB Sibu adalah untuk mencegah Banjir Sungai yang disebabkan oleh Batang Rajang yang memberi kesan kepada bandar Sibu.

Selepas Fasa 1 & 2 projek Tebatan Banjir Sibu siap, Kerajaan Sarawak  akan memastikan Fasa 3, 4 dan 5 siap mengikut jadual serta dapat mengurangkan isu banjir yang kerap berlaku di Sibu.

Reka bentuk fizikal rumah contoh Kampung Datu Baru, Sibu.Kredit Foto : UKAS
Premier Sarawak meninjau projek Rumah Contoh pembangunan semula Kampung Datu Baru, Sibu. Kredit Foto : UKAS
Premier Sarawak bersama delegasi mesyuarat berpuas hati dengan projek pembangunan semula Kampung Datu Baru, Sibu.Kredit Foto : UKAS
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article