- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tadbir Urus Baik Dititik Beratkan Dalam Perkhidmatan Awam

Must read

Kerajaan Sarawak amat menitik beratkan tadbir urus baik (Good Governance) bagi memastikan perkhidmatan awam mempunyai suatu piawaian etika dan prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran awam.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki menegaskan bahawa, selaras dengan kemajuan semasa, rakyat semakin mengiktiraf kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan penglibatan dalam tadbir urus.

Oleh itu, di peringkat perkhidmatan awam Sarawak, nilai integriti dalam penyampaian perkhidmatan harus diperkukuhkan bagi menyokong usaha murni ini.

Dalam konteks Jabatan Tanah dan Survei (JTS), pihak berkepentingan (stakeholders), pemimpin dan rakyat mengharapkan jabatan ini mentadbirkan tanah secara berkesan, memastikan penggunaan tanah yang mampan dan pengurusan sumber tanah yang bertanggungjawab di Sarawak.

Justeru, beliau mengingatkan warga JTS untuk terus menegakkan nilai integriti yang tinggi dengan memastikan proses dan cara kerja yang telus diamalkan dengan menerbitkan dasar, garis panduan dan prosedur yang jelas tentang keperluan untuk segala urusan yang berkaitan dengan tanah.

Setiausaha Kerajaan Sarawak menyampaikan amanat sempena HIITS 2023 di Kuching pada 9 Ogos 2023 (Rabu).

Jelas beliau, maklumat ini hendaklah mudah diakses dan difahami oleh orang ramai selain memastikan keputusan berkaitan dibuat berdasarkan objektif, keperluan undang-undang dan kepentingan awam, tanpa pilih kasih atau berat sebelah.

Seperti yang ditekankan, penglibatan stakeholders dan rakyat setempat boleh membantu memastikan keputusan pengurusan tanah mencerminkan keperluan dan aspirasi masyarakat.

Oleh itu beliau menyarankan agar JTS membangunkan kod etika yang komprehensif, menggariskan tingkah laku yang diharapkan ke atas semua kakitangan dengan menekankan aspek kejujuran, akauntabiliti, kesaksamaan dan pematuhan kepada standard profesional.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan JTS menyediakan program latihan dan kesedaran yang kerap mengenai integriti, etika, dan langkah-langkah anti-rasuah untuk semua kakitangan selain daripada Majlis Innovasi dan Integriti tahunan

Kerana menurut beliau, program-program ini boleh meningkatkan kesedaran tentang potensi dilema etika dan menyediakan panduan untuk membuat keputusan beretika dalam situasi yang kompleks.

Dengan nilai integriti dalam penyampaian perkhidmatan, rasuah, nepotisme dan pilih kasih dapat dielakkan.

Keputusan juga dapat dibuat secara objektif, mematuhi keperluan undang-undang dan kepentingan rakyat diutamakan. Ini pasti dapat menjamin pengurusan tanah yang berharga ini secara mampan dan seterusnya memanfaatkan generasi masa depan.

Perkara ini diulas oleh beliau semasa menyampaikan amanat sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) di Kuching pada 9 Ogos 2023 (Rabu).

Tahun ini merupakan tahun ke-15 penganjuran HIITS, semenjak tahun 2008 dimana ia merupakan satu bentuk komitmen daripada warga JTS untuk sentiasa memikirkan idea-idea kreatif dan inovatif setiap tahun untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan, untuk rakyat Sarawak khasnya.

Terdahulu, Pengarah JTS, YBhg Datu Abdullah Julaihi memaklumkan HIITS kali ini disambut bersama untuk meraikan sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Sarawak 2023.

Pengarah JTS menyampaikan ucapan alu-aluan sempena HIITS 2023

Sudah tentu, fokus utama Jabatan pada Bulan Inovasi Perkhidmatan Sarawak 2023 adalah Sarawak Civil Service Innovation Convention Award (SCSICA).

Jelas beliau, HIITS ini adalah strategi di peringkat JTS untuk mempersiapkan kumpulan-kumpulan KIK mengharungi saringan di peringkat kementerian dan selepas itu melayakkan kumpulan ke peringkat akhir, iaitu SCSICA.

Pada kali ini sebanyak 13 pasukan akan berentap di peringkat Jabatan iaitu; kumpulan Sassoku Tech (Kuching); Knights of Batang Lupar (Sri Aman); Infiniti-Tridi (Sibu); Four Quest Junior (Miri); Lands Tahai Q (Limbang); Ingenuity (Sarikei); Jejari 7D (Kapit); Bistari dan Bistari Tech (Samarahan); Ruaivaie D9 (Bintulu); Accurate (Mukah); Inno-Tochi (Betong); dan V-Tech 12 (Serian).

Daripada 13 kumpulan ini, beliau mendedahkan dua pasukan iaitu Kumpulan Sassoku Tech dan Kumpulan V-Tech 12 akan mewakili Malaysia ke Intenational Convention Quality Control Circles 2023 di Beijing, China pada hujung Oktober ini.

Pasukan penguatkuasa JTS membuat persembahan semasa kedatangan Setiausaha Kerajaan Sarawak ke HIITS 2023
Setiausaha Kerajaan Sarawak (tengah) bersama 13 pasukan KIK JTS
Setiausaha Kerajaan Sarawak bersama kakitangan JTS yang akan bersara
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article