- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mercu Tanda Baharu Bandar Raya Kuching

Must read

HIKMAH Exchange, mercu tanda baharu yang tersergam indah di tengah pusat bandar raya Kuching turut menempatkan pejabat baru untuk agensi-agensi kerajaan negeri dan juga syarikat berkaitan kerajaan.

Perkembangan ini dimaklumkan, Pengerusi Eksekutif Permodalan Satok Berhad (PSB), YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain sewaktu menyampaikan kata aluan ketika perasmian Bangunan Hikmah Exchange pada 5 Ogos 2023.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menandatangani plak digital sebagai tanda simbolik merasmikan Pusat Konvensyen HIKMAH Exchange
Pengerusi Eksekutif Permodalan Satok Berhad (PSB), YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain berkata bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan “Smart Features” bagi memudahkan urusan pentadbiran di kalangan agensi-agensi kerajaan

Menurut beliau bangunan HIKMAH Exchange yang mempunyai 2 Menara Pejabat setinggi 22 tingkat bakal menempatkan  di antaranya adalah seperti Jabatan Tanah & Survei Bahagian Kuching, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Suruhanjaya Perkidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), Sarawak Civil Service Digitalisation Unit (SCSDU), Sarawak Transformation And Innovation Unit (STIU).

Selain itu juga, Unit Protokol, Istiadat Dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPAN), Immigration And Labour Management Unit (ILMU), Sarawak Implementation Monitoring Unit (SIMU), Unit Merinyu Elektrik (UME), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA).

Syarikat berkaitan kerajaan seperti  LCDA Holdings Sdn. Bhd. (LCDA), Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (SPSB) dan Sarawak Metro Sdn. Bhd.

Lebih menariknya, bangunan tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan “Smart Features” bagi memudahkan urusan pentadbiran di kalangan agensi-agensi kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

Manakala bagi Dewan Konvensyen pula mempunyai 6 bilik seminar dan manakala Satok Ballroom mampu menampung jumlah seramai 800 hingga 1, 000 orang pada satu masa.

Dua Menara Pejabat setinggi 22 tingkat HIKMAH Exchange bakal menempat agensi pentadbiran kerajaan negeri dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)

Dewan Konvensyen tersebut bakal menjadi tempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti majlis-majlis perkahwinan, konvensyen, mesyuarat, seminar dan banyak lagi yang seumpamanya baik untuk peringkat tempatan mahupun yang bertaraf antarabangsa, yang pasti nanti akan memberi manfaat dalam aspek sosioekonomi masyarakat setempat.

Pada perspektif jangka panjang, bangunan ini akan berfungsi sebagai “pintu masuk” kepada pelbagai aktiviti komersial aktif yang akan menghubungkan pembangunan baharu dengan perancangan masa depan kawasan Satok dengan keyakinan akan memulihkan, mengembalikan serta mengabdikan sejarah kerancakan ekonomi di sekitar Jalan Haji Taha dan Jalan P. Ramlee seperti mana suatu ketika dahulu.

Pada 7 April 2017 merupakan tarikh perletakkan batu asas iaitu bermulanya kerja-kerja pembinaan dengan “project timeline” selama 36 bulan dan sepatutnya siap sepenuhnya pada bulan Disember 2020 tetapi penularan wabak pandemik COVID-19 telah menjejaskan usaha  menyiapkan  projek ini.

Namun Ini tidak menghalang pihak konsultan dan kontraktor utama telah bertungkus-lumus menggabungkan usaha dan tenaga untuk memastikan projek Hikmah Exchange disiapkan sepenuhnya pada tahun ini (2023)

Bangunan ini akan berfungsi sebagai “pintu masuk” kepada pelbagai aktiviti komersial aktif yang akan menghubungkan pembangunan baru dengan perancangan masa depan kawasan Satok dan mengembalikan kegemilangan serta kerancakan ekonomi di sekitar Jalan Haji Taha dan Jalan P. Ramlee seperti mana suatu ketika dahulu
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article