- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

BKPB MDS Realisasikan Kesejahteraan Serian

Must read

Bandar Serian amat strategik kerana ia merupakan laluan yang menghubungkan bahagian-bahagian lain seperti Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Miri.

Serian juga sering menjadi destinasi pilihan utama untuk persinggahan bagi mereka yang hendak berurusan ke bandar-bandar lain di Sarawak apatah lagi ia kini merupakan bandar yang serba moden serta dilengkapi dengan hiasan beberapa taman yang indah dan landskap yang amat menceriakan.

Peta terkini Bahagian Serian

Selain itu, gerai-gerai makanan yang terdapat di pekan Serian juga mudah dikunjungi, secara tidak langsung ia telah dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung.

Serian yang terletak sejauh 65-kilometer dari Bandar Raya Kuching dengan keluasan 2,405-kilometer persegi meliputi kawasan lain termasuk Bandar Mutiara Tebedu (Bandar Sempadan Kalimantan Barat, Indonesia) ditadbir oleh Majlis Daerah Serian (MDS).

MDS merupakan salah satu daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah wujud di Negeri Sarawak pada tahun 40-an.

MDS telah ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah Seksyen 3 ‘The Upper Sadong District Council’ atau Majlis Daerah Hulu Sadong, Ordinan Kuasa Tempatan, 1959 dan Undang-Undang Subsidiari yang dibentuk mengikut ‘Gazette Notification No. 5, 1959.

Sehingga kini, MDS telah membawa pembangunan yang seimbang dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seharian demi kepentingan penduduk dan kemajuan di Serian.

Di bawah perkhidmatan MDS, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar (BKPB) memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kebersihan seluruh bandar Serian bagi memastikan taraf kesihatan penduduk terus dipertingkatkan supaya senantiasa sihat, cergas, progresif dan sejahtera.

BKPB MDS dibahagikan kepada dua (2) unit iaitu Unit Kesihatan Awam (UKA) dan Unit Kebersihan Bandar di mana UKA bertanggungjawab terhadap:

  • Pelesenan
  • Kawalan mutu makanan
  • Pengurusan pasar dan penjaja
  • Pengurusan rumah sembelih
  • Kawalan vektor
  • Pengurusan alam sekitar;
Pemeriksaan bazaar Ramadhan bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Serian

Manakala Unit Kebersihan Bandar (UKB) bertanggungjawab ke atas;

  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Penyelenggaraan parit dan longkang
  • Penyelenggaraan tandas awam
  • Penyelenggaraan kebersihan kawasan

Terdapat beberapa perkara yang sering diberi perhatian serius oleh BKPB MDS ialah berkaitan kawalan mutu makanan, pengurusan pasar serta penjaja dan juga kawalan vektor.

Dari segi kawalan mutu makanan, UKA memainkan peranan penting terhadap penguatkuasaan aktiviti kebersihan dan keselamatan makanan.

UKA berkuasa untuk mengarahkan sesebuah premis makanan segera ditutup apabila berlakunya keadaan-keadaan seperti berikut;

  1. Jika semasa pemeriksaan premis makanan dijalankan, terdapat urungan tikus, lipas, lalat dan premis dirasakan tidak sesuai untuk mengendalikan makanan.
  2. Pengendalian makanan di premis makanan tidak betul seperti makanan tidak bertutup dan dibiarkan terdedah.
  3. Berlaku kes keracunan makanan di premis tersebut.

Dari segi pengurusan pasar dan penjaja pula, UKA perlu mengawal selia pasar serta memastikan sampah sarap yang dibuang oleh penjual-penjual di pasar awam dibuang ke tempat yang sepatutnya.

Bagi mengurangkan bau busuk di pasar awam, BKPB akan memastikan pencucian pasar dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pihak MDS turut melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di kawasan pasar awam.

Selain berperanan dalam menjaga kebersihan persekitaran, UKA MDS juga bertanggungjawab dalam tugas kawalan vektor dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti;

  1. Membantu Pejabat Kesihatan menjalankan aktiviti pengasapan
  2. Membantu Pejabat Kesihatan memeriksa jentik-jentik nyamuk aedes
  3. Membantu di dalam gotong royong membanteras aedes
Unit Kesihatan Awam bersedia hendak melakukan aktiviti pengasapan

UKA juga memainkan peranan penting dalam membantu menangani masalah anjing terbiar atau penyakit rabies dengan cara;

  1. Menjalankan aktiviti kawalan anjing liar seperti menangkap anjing liar dan terbiar di dalam kawasan pentadbiran MDS
  2. Membantu Jabatan Veterinar dalam program vaksinasi anjing

Anjing terbiar adalah anjing yang tidak bertuan justeru, pihak MDS akan menangkap dan memusnahkan anjing tersebut selaras dengan arahan dan pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

Maklumat mengenai tangkapan anjing liar oleh Majlis Daerah Serian (MDS)

Bagi membantu menangani masalah rabies ini, beberapa program telah diadakan oleh pihak MDS iaitu;

  1. Program kesedaran mengenai bahayanya rabies.
  2. Program vaksinasi anjing bersama Jabatan Veterinar dan Operasi Bersepadu Menangkap Anjing liar bersama PBT lain.

Jumlah anjing liar yang telah ditangkap pada tahun 2022 adalah sebanyak 214 ekor manakala pada tahun 2023 (setakat Jun) adalah sebanyak 199 ekor.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article