- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Meningkatkan Kecekapan Pendaftaran Perlesenan Perniagaan Di Sarawak

Must read

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak dengan  kerjasama strategik Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak   dan agensi-agensi di Sarawak telah berkumpul selama dua (2) hari di Borneo Convention Centre  Kuching (BCCK) untuk merekabentuk dan membangunkan proses pendaftaran perlesenan  perniagaan yang mudah dan lancar di Sarawak. Bengkel yang diadakan ini, melibatkan penyertaan seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pihak berkuasa melesen di  Sarawak.

Peserta Bengkel Penambah Baikan pendaftara Perlesenanan Perniagaan di Sarawak

Malaysia berada pada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling berdaya saing menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (World Competitiveness Ranking) oleh Institute for Management Development (IMD) 2023. Namun begitu, Malaysia mencatatkan kedudukan ke-50 bagi kriteria bilangan hari dan ke-54 bagi bilangan prosedur untuk memulakan perniagaan  berbanding 64 ekonomi. Manakala, New Zealand merupakan negara terbaik untuk kedua-dua  kriteria. Oleh itu, terdapat keperluan untuk Malaysia untuk terus berdaya saing dengan  menambahbaik prosedur dan bilangan hari memulakan perniagaan.

Di Sarawak, untuk entiti mendaftarkan perniagaan untuk Individu atau Milikan Tunggal, terdapat pelbagai agensi terlibat bermula daripada Pendaftaran Nama Perniagaan (BNR), Lesen Perdagangan (TL) dan Lesen Operasi (OL). Pendaftaran perniagaan juga bergantung pada lokasi dan jenis perniagaan. Kepelbagaian agensi, proses yang membebankan dan mengelirukan dengan pelbagai borang permohonan telah menyebabkan permohonan mendapatkan lesen untuk memulakan perniagaan lebih lama dan rumit. Di samping itu, peraturan yang telah lapuk juga telah menambah beban bagi sesebuah entiti untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

Selaras itu, MPC dan STIU akan melaksanakan inisiatif Uji kaji Peraturan (Regulatory Experiment) pendaftaran perniagaan. Inisiatif ini akan mengurangkan proses, prosedur dan masa dalam mendapatkan lesen perniagaan. Mekanisme uji kaji peraturan ini juga akan mengkaji semula pembaharuan peraturan pendaftaran perniagaan bagi memudahkan urusan menjalankan perniagaan yang diharapkan dapat merancakkan kembali aktiviti ekonomi dan menambahbaik sektor perkhidmatan awam.

Inisiatif Uji kaji Peraturan (Regulatory Experiment) pendaftaran perniagaan ini akan dilaksanakan di 4 bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Sibu, Sri Aman dan Miri bagi menghasilkan prosedur pelesenan perniagaan yang cekap, mengurangkan ketidakpastian dan untuk memaklumkan pembuatan keputusan kawal selia dalam rejim pelesenan perniagaan sehenti (one stop centre) di Sarawak. Kerajaan Sarawak komited untuk memudah cara pendaftaran perlesenan perniagaan di Sarawak dengan mengenal pasti mekanisme pendaftaran yang inovatif.

Pengarah MPC Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i turut berkata “Hasil inisiatif ini, seterusnya akan digunakan dalam melaksanakan pembangunan peraturan pendaftaran perniagaan melalui proses Penilaian Impak Peraturan (RIA) yang akan menghasilkan peraturan yang berkualiti, mengurangkan kos pematuhan perniagaan serta mengurangkan risiko kegagalan dalam mencapai objektif peraturan”.

“Di peringkat negeri, inisiatif Sarawak Produktif telah dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri. MPC juga akan sentiasa kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memacu produktiviti negeri”

Beliau menambah “Di peringkat negeri, inisiatif Sarawak Produktif telah dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri melalui tiga (3) strategi utama iaitu peningkatan bakat, penggunaan teknologi, penambahbaikan persekitaran perniagaan. MPC juga akan sentiasa kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memacu produktiviti negeri”.

Usaha dalam memudah cara pengendalian perniagaan merupakan salah satu strategi yang telah dikenal pasti untuk memperkukuh pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Inisiatif ini, selaras dengan RMKe-12 dalam konteks memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi dan Post Covid Development Strategy (PCDS) 2030 di bawah teras strategik Ease of Doing Business dan Digital & Execution. Ekonomi Madani turut menekankan pendekatan ketangkasan penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan tahap kepuasan rakyat dan pihak berkepentingan.

Memudahkan melakukan pelesenan di Sarawak adalah penting untuk menarik pelaburan dan perniagaan ke wilayah ini dan ke arah meningkatkan inovasi. Dalam jangka panjang ia akan meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article