- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelaburan Swasta Memacu Ekonomi Sarawak

Must read

Ekonomi Sarawak sewajarnya dipacu oleh sektor swasta dan tidak terlalu bergantung pada pembiayaan Kerajaan Persekutuan seperti yang dirancang di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), YBhg Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, pembiayaan awam disalurkan dalam bentuk pemudah cara dan kerajaan tidak seharusnya banyak berbelanja untuk mencapai status maju menjelang tahun 2030.

Beliau memaklumkan mengenai perkara tersebut semasa sidang media bersempena persidangan ‘Propelling Malaysia Forward 2023: Sarawak Series’ anjuran Affin Bank Berhad di Kuching pada 4 September 2023.

Datuk Dr. Muhammad Abdullah mengulas lanjut, itulah sebabnya mengapa pelaburan masuk ke Sarawak amat penting sambil mengalu-alukan sektor swasta untuk menyumbang dari segi pembiayaan dan pelaburan.

Datu Dr. Muhammad Abdullah (tengah) mendengar pertanyaan daripada pihak media pada sidang media berkaitan persidangan ‘Propelling Malaysia Forward 2023: Sarawak Series’ di Kuching pada 4 September 2023

Dalam hal berkenaan, beliau turut menyatakan perlunya tadbir urus yang baik untuk mempelawa pelabur melabur di Sarawak.

Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg begitu menekankan kepentingan integriti dan tadbir urus yang baik dengan menjangkakan ia akan memberikan suasana yang positif untuk pelabur masuk bagi memacu ekonomi menuju 2030.

Tambah beliau, ianya baik jika Sarawak boleh mendapatkan lebih banyak pembiayaan daripada Kerajaan Pesekutuan untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan, namun apa yang lebih penting tegas beliau ialah ekonomi negeri harus dipacu oleh sektor swasta, bermaksud sektor swasta perlu masuk dengan membawa pelaburan.

Beliau memberi jaminan bahawa kemasukan pelaburan ke negeri ini akan disediakan dengan kemudahan menjalankan perniagaan seperti yang digariskan di bawah PCDS 2030 dalam membawa Sarawak maju ke hadapan.

Peserta bergambar kenang-kenangan sempena Persidangan ‘Propelling Malaysia Forward 2023: Sarawak Series’ di Kuching pada 4 September 2023.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad, YBhg Datuk Wan Razly Abdullah menyifatkan persidangan tersebut diadakan tepat pada masanya kerana penganjurannya membolehkan pihak beliau meneroka peluang dalam pasaran di Malaysia Timur yang bukan sahaja memacu pertumbuhan mampan, malah juga menggalakkan inovasi dan memupuk usaha kolaboratif dan peluang untuk mengukuhkan hubungan komersial dengan pelanggan di Sarawak.

Persidangan tersebut turut dihadiri Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, YBhg Tan Sri Abdul Wahid bin Omar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article