- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kembara Kenali Borneo : Jambatan Silaturrahim

Must read

Selepas 11 hari menelusuri perjalanan sejauh lebih 2, 000 kilometer, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakhiri Kembara Kenali Borneo di titik sifar Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Telok Melano, Lundu pada 13 September 2023.

Kembara Kenali Borneo bermula dari Tawau, Sabah pada 3 September 2023 dengan baginda memandu sendiri pacuan empat roda ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kembara itu yang menelusuri Lebuhraya Pan Borneo diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak mendekati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda.

Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi peluang untuk Seri Paduka Baginda membina jambatan silaturahim antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Penutup dan Santapan Malam sempena Kembara Kenali Borneo di Kuching (12 September 2023), kembara itu diilhamkan semata-mata untuk mengenali rakyat di Sabah dan Sarawak secara lebih dekat lagi dengan mengambil pendekatan mendampingi dan menyantuni rakyat.

Al-Sultan Abdullah bertitah, sambutan yang dipamerkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak di sepanjang jalan dan waktu yang dilalui konvoi kembara itu adalah di luar jangkaan dan akan menjadi kenangan manis buat Seri Paduka Baginda sekeluarga.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article