- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

ADTEC Bintulu Sedia Peluang Kemahiran Semula dan Peningkatan Kemahiran

Must read

Artikel sumbangan Unit Khidmat Sokongan Pekerjaan Komuniti, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu

Kementerian Sumber Manusia (KSM) amat komited dalam agenda memperkasakan kemahiran belia Sarawak. Bintulu dijangka akan menjadi hub petrokimia dengan pengoperasian sepenuhnya Loji Sarawak Methanol menjelang Januari 2024.

Selaras dengan perkembangan ini, kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Sarawak telah memberi mandat kepada salah sebuah agensinya untuk memainkan peranan sebagai penyedia latihan kemahiran di Sarawak.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM), salah sebuah jabatan di bawah KSM bertanggungjawab melatih dan bekerjasama dengan pihak industri bagi memastikan keperluan guna tenaga mahir dapat dipenuhi selaras dengan permintaan pasaran kerja bukan sahaja dari segi bilangan guna tenaga mahir, tetapi juga dari segi standard kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

Standard Kemahiran Kebangsaan atau National Occupational Skills Standards (NOSS) yang diguna pakai di kesemua Institusi Latihan JTM amnya dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu khususnya, telah dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) merupakan satu standard yang diiktiraf bukan sahaja peringkat kebangsaan tetapi juga oleh pihak antarabangsa.

Daripada standard inilah silibus dan kurikulum latihan JTM dibangunkan dan diguna pakai oleh semua institut latihan yang bernaung di bawah JTM.

Hal ini memberikan kelebihan kepada para graduan lepasan JTM khususnya ADTEC Bintulu.

Para graduan telah dilengkapkan dengan kelayakan standard yang diterima pakai oleh bukan sahaja syarikat-syarikat tempatan bahkan juga oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan luar negara.

ADTEC Bintulu telah ditubuhkan pada 2011. ADTEC Bintulu merupakan salah sebuah institusi latihan JTM yang bermatlamat untuk menyokong keperluan guna tenaga kerja industri melalui latihan sepenuh masa (full time) dan juga separuh masa (part time).

Kursus-kursus yang dijalankan secara separuh masa dikenali sebagai kursus jangka pendek.

Kursus ini sentiasa tersedia kepada para pekerja industri berkaitan dan juga orang awam bergantung kepada fleksibiliti yang diperlukan oleh pihak pekerja selaras dengan jadual kerja dan tanggungjawab mereka pada kadar yuran yang berpatutan. 

Antara kursus sepenuh masa yang ditawarkan di ADTEC Bintulu ialah Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas (PPMG) bagi membolehkan pihak industri menerima bekalan pekerja mahir anak tempatan yang bersedia untuk pekerja di loji-loji minyak dan gas di sekitar Kidurong dan Miri malah meliputi kepada semua vendor dan pembekal yang terlibat di sektor ini.

Selain kursus ini, terdapat lima (5) lagi kursus-kursus lain yang ditawarkan di ADTEC Bintulu. Kursus-kursus ini ialah Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa), Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Diploma Teknologi Mekatronik, Diploma Teknologi Kimpalan dan Diploma Teknologi Automotif.

Rekod alumni membuktikan, graduan ADTEC Bintulu bukan sahaja bekerja di dalam negara, bahkan ramai juga yang telah melebarkan sayap kerjaya masing-masing di luar negara dan meraih pendapatan bulanan sehingga lima (5) angka.

Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Teknologi PPMG dilatih menjadi tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan sektor minyak dan gas.

Keterjaminan kemahiran yang diperlukan oleh industri minyak dan gas ini dapat dipastikan melalui pematuhan silibus latihan yang dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standards (NOSS) yang diiktiraf antarabangsa.

Pelajar kursus ini didedahkan dan dilatih berkenaan subjek Health, Safety and Environment Compliance Supervision, Piping Fabrication Project Materials Storage & Storage, Piping Fabrication Operation Supervision, Piping Fabrication Quality Control dan Piping Fabrication Document Control.

Semua subjek ini memberi penekanan kepada persediaan pelatih kepada tatacara amalan kerja dalam industri Minyak dan Gas.

Pelatih akan diberi latihan kemahiran yang mendalam supaya dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri ini secara khusus.

Pelajar juga diberi pendedahan dalam Code & Standard seperti ASME, API dan PTS supaya mereka dapat bertanggungjawab melaksanakan pekerjaan dengan mematuhi garis panduan yang ketat sesuai dengan amalan dalam industri ini.

Selain itu juga, para pelajar dilatih dengan pengurusan, pemantauan dan pelaksanaan projek melalui modul projek tahun akhir yang mencabar.

Kursus-kursus pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di ADTEC Bintulu adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Bagi pekerja sedia ada ataupun bakal pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau mendapat latihan semula (reskilling) atau lepasan sekolah latihan sepenuh masa boleh juga menyertai latihan TVET di ADTEC Bintulu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article