- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Rebut Peluang Latihan Kemahiran Sektor Minyak dan Gas Di ADTEC Bintulu

Must read

Artikel sumbangan Unit Khidmat Sokongan Pekerjaan Komuniti, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu

Keseimbangan antara pembangunan manusia dan fizikal merupakan aspek penting dalam proses pembangunan yang mapan. Hal ini dapat dilihat dengan penemuan petroleum di kawasan tertentu telah memberi sinar baru kepada hasil negara.

Kepentingan industri minyak dan gas kepada ekonomi negara telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah menubuhkan PETRONAS.

Perkembangan ini berperanan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan masyarakat setempat di mana kemajuan perindustrian ini telah membawa kepada proses transformasi kepada kawasan dan komuniti terutama dari segi peluang pekerjaan.

Bidang ini telah memberi sinar baru kepada hasil negeri Sarawak telah memberi peluang kepada proses perubahan pembangunan di kawasan luar bandar ini termasuk Bintulu.

Terletak secara strategik di persimpangan laluan pelayaran timur-barat dan mempunyai jalinan hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran menyebabkan Industri Minyak dan Gas Malaysia yang terus berkembang memberikan suatu jaminan kelebihan dan peluang pasaran yang kuat untuk perniagaan.

Ia terus menjadi sektor penting bagi ekonomi Malaysia dengan menyumbang 20.0 peratus kepada KDNK tahunan.

Kerajaan juga mendorong lebih banyak usaha sama atau kolaborasi antara pemain tempatan dan asing dengan kepakaran untuk meningkatkan keupayaan tempatan melalui pemindahan pengetahuan dalam bidang minyak dan gas ini.

Perindustrian ini merupakan langkah yang positif ke arah membandarkan masyarakat luar bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti kemudahan pengangkutan, jaringan jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Pembangunan Industri Minyak dan Gas telah memberi banyak ruang kepada penduduk untuk mengubah corak hidup yang lebih baik pembangunan yang dilaksanakan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.

Peluang ini telah membantu penduduk meningkatkan taraf hidup yang lebih baik dengan adanya pendapatan.

Melalui proses perindustrian ini juga, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya dapat mengurangkan kemiskinan dalam negara dengan peningkatan

taraf hidup rakyat.

ADTEC Bintulu menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi   Pemasangan Paip Minyak dan Gas (PPMG).

Apa kelebihan program ini? Antara kelebihannya adalah graduan program ini mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik dan didedahkan dengan keupayaan sesuatu produk dengan lebih dekat melalui prosedur-prosedur mengikut tatacara amalan industri (Industry Working Procedure) sekiranya anda jenis yang suka hands-on

Peluang kerja dalam Industri Minyak dan Gas juga tinggi.  Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran ini juga ditawarkan dengan gaji yang lumayan selepas tamat kursus ini.

Oleh itu, peluang muncul setiap hari, hanya orang yang berani dan bertindakan dapat menggunakan peluang yang muncul dengan merebut peluang itu maksimum.

Selain daripada menawarkan kursus sepenuh masa dalam Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas, ADTEC Bintulu  turut menawarkan kursus jangka pendek untuk memberi pendedahan dan latihan kepada orang awam dan para peserta yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam Pengurusan Fabrikasi Paip Minyak dan Gas.

Peserta akan diberi pendedahan dalam kemahiran menjalankan Ujian Tekanan (Pressure Test) yang merupakan ujian yang penting dalam memastikan integriti paip yang mengandungi minyak atau gas.

Ujian ini wajib dijalankan oleh pihak fabrikasi logam untuk mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seterusnya lulus untuk dipasang atau digunakan di loji-loji minyak atau gas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article