- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perpustakaan Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat

Must read

Sebelum dunia berkembang pesat dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perpustakaan lebih dikenali sebagai sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat berbentuk bahan bercetak seperti buku dan majalah untuk kegunaan masyarakat.

Namun, setelah kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan tempat yang menghimpunkan pelbagai sumber maklumat dalam bentuk bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan.

Kebanyakan perpustakaan hari ini turut menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum kerana perkhidmatan dalam talian sudah menjadi satu kemestian di perpustakaan sebagai usaha keterangkuman masyarakat dalam arus ekonomi digital.

Pada hari ini, perpustakaan menyediakan pelbagai fungsi dan keperluan, bukan hanya tempat untuk membaca dan meminjam buku, tetapi juga pusat pembangunan masyarakat dengan tumpuan pembelajaran sepanjang hayat.

Mengambil contoh, Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (PA BDA), antara perpustakaan di Sarawak yang terus komited dalam usaha memperkasakan mutu perkhidmatan dan prasarana perpustakaan yang kondusif untuk memenuhi keperluan pengguna.

Memupuk kesedaran akan kepentingan budaya membaca seawal peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa

PA BDA telah merangka Pelan Tindakan Pelaksanaan Aktiviti Perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan kekal relevan kepada masyarakat dengan melaksanakan aktiviti seperti Program Galakan Membaca; Program Kolaborasi Strategik; Program Pembangunan Komuniti; dan Program Keterlibatan Bersama Komuniti dan Khidmat Sukarelawan.

Ruang bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa yang selesa di PA BDA

PA BDA juga terus komited dalam usaha melestarikan masyarakat berilmu dan berkemahiran dengan mengadakan program bersama membangunkan penulis tempatan “Anak Jati Bintulu” yang boleh menghasilkan kandungan tempatan.

Antaranya adalah program ‘Santai Bersama Penulis Tempatan’ berkongsi pengetahuan, pengalaman kerjaya sebagai penulis sekaligus menggalakkan lebih ramai generasi muda yang berbakat sebagai penulis di Bintulu pada masa hadapan.

Dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan perpustakaan, PA BDA telah melakukan penambahbaikan program pembangunan koleksi perpustakaan, program pendigitalan perkhidmatan perpustakaan dan naik taraf kemudahan perkhidmatan perpustakaan.

Kaedah pengoperasian perkhidmatan perpustakaan secara digital di PA BDA

Setakat ini, PA BDA masih mengekalkan kaedah pengoperasian perpustakaan secara konvensional selain turut memperkenalkan kaedah pengoperasian secara digital.

Antara kaedah pengoperasian perpustakaan secara konvensional termasuklah;

  1. Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku secara manual di PABDA cawangan Tatau, Sebauh, Jepak, Kidurong dan Sg. Plan;
  2. Kaedah pendaftaran keahlian secara manual; dan
  3. Kaedah pembayaran kadar caj perkhidmatan perpustakaan secara manual di kaunter

Manakala, kaedah pengoperasian perpustakaan secara digital ialah;

  1. Penggunaan Sistem Automasi Perpustakaan ANGKASA dalam pengoperasian perkhidmatan perpustakaan melibatkan modul OPAC (Online Public Access Catalog); Modul Cataloging, Circulation, Stockcheck, Member Management dan Modul Acquisition.
  2. Penggunaan perkhidmatan layan diri di “Kiosk Self-Check” untuk peminjaman buku
  3. Penggunaan media sosial seperti Facebook (FB), Instagram (IG), dan YouTube channel untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan
  4. Penyediaan e-borang untuk mendapatkan maklum balas pengguna buku yang dikehendaki untuk koleksi baharu perpustakaan
  5. Perkhidmatan pencarian buku BLOC (Projek Kumpulan Kreatif dan Inovasi)
  6. Aktiviti berasaskan maya seperti program “Santai Bersama Penulis Tempatan Tay Marzuki” menggunakan platform Zoom Meeting dan Pertandingan Bercerita secara maya.
Statistik koleksi baharu di PA BDA bagi tahun 2018-2022
Statistik keahlian PA BDA bagi tahun 2018-2022
Statistik pengunjung di PA BDA bagi tahun 2018-2022
Peratusan tahap kepuasan pelanggan terhadap PA BDA pada tahun 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article