- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pendidikan 4.0

Must read

Dalam model baharu pendidikan, personalisasi adalah kuncinya. Pendidikan 4.0 juga merujuk pada pendidikan berasaskan inovasi dan kemahiran pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi Pemikiran Kritis, Komunikasi, Kolaborasi dan Penumbuhan Penetapan Minda.

Pendidikan 4.0 melibatkan penggunaan tablet dan telefon pintar sebagai alatan sokongan dalam kelas dan fokus pada teknologi pintar dan inovatif. Teknologi inilah yang akan mendominasi kehidupan pelajar hari ini pada masa hadapan

Laporan kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pendidikan dan Kajian Literasi Antarabangsa (Journal of Education and Literacy Studies) telahmeneliti sembilan (9) trend berkaitan dengan Pendidikan 4.0.

  1. Pembelajaran bergantung pada masa dan tempat yang berbeza

Pelajar mempunyai lebih banyak peluang mengikuti pembelajaran jarak jauh dan secara kendiri melalaui e-pembelajaran, iaitu pembelajaran secara dalam talian melalui internet. Penggunaan internet membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran, berinteraksi dengan kandungan, para pengajar dan rakan-rakan pelajar.

  • Pembelajaran secara kendiri

Bahan bantuan pembelajaran atau peralatan digunakan bergantung pada kemahiran pelajar dalam sesi pembelajaran. Pelajar yang menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran tertentu berpeluang menyelesaikan lebih banyak latihan sehingga mereka dapat mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Pelajar juga disediakan dengan latihan pengukuhan semasa sesi pembelajaran secara kendiri dijalankan dan ini dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang positif di samping dapat meningkatkan keyakinan pelajar terhadap keupayaan akademik mereka.

  • Pelajar mempunyai pilihan dalam menentukan kaedah pembelajaran mereka

Walaupun setiap mata Pelajaran yang diajar bertujuan untuk mencapai objektif yang sama, namun kaedahnya menjurus pada objektif tersebut yang pelbagai. Pembelajaran yang berorientasikan individu akan mengubahsuai proses pembelajaran pelajar melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang diperlukan.

  • Pembelajaran berasaskan projek

Pelajar mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan projek jangka pendek yang membolehkan mereka mempraktikkan kemahiran organisasi, kolaboratif dan pengurusan masa mereka. Pembelajaran berorientasikan projek amat berguna dalam kerjaya akademik pelajar.

  • Peluang pengalaman

Pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara praktikal melalui kursus atau latihan membina kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan. Kemajuan teknologi juga menjamin pembelajaran tertentu secara efektif yang akan memberi lebih banyak peluang ke arah membina kemahiran yang melibatkan pengetahuan pelajar dan interaksi secara bersemuka.

  • Menginterpretasi data

Pelajar akan didedahkan dengan interpretasi data yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran teknologi dan pengetahuan tentang teori kepada angka, seterusnya membuat rumusan berdasarkan lojik dan data semasa. Teknologi komputer dan AI mengambi alih tugas analisis yang boleh dilakukan secara manual dan cepat.

  • Penilaian bervariasi

Kaedah konvensional dalam membuat penilaian pelajar mungkin menjadi tidak relevan lagi. Pengetahuan pelajar tentang fakta boleh dinilai semasa proses pembelajaran manakala aplikasi pengetahuan pula boleh diuji apabila pelajar mengusahakan projek di lapangan.

  • Penglibatan pelajar

Input daripada pelajar membantu pereka kurikulum merancang kurikulum yang lebih kontemporari, mutakhir dan bermutu tinggi.

  • Pementoran

Pementoran adalah asas kepada kejayaan pelajar dan pelajar memerlukan tenaga pengajar sebagai fasilitator yang akan membimbing melalui proses pembelajaran. Bantuan dan panduan daripada pengajar atau fasilitator penting untuk menjadikan pelajar lebih berdikari.

Pendidikan 4.0 menuntut pengajar termasuk pelajar mengadaptasi perubahan pantas dalam pendidikan yang mengejar IR 4.0.

Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan cekap supaya mereka lebih kompeten, berkemahiran, berpengetahuan serta penuh potensi diri.

Dalam hal ini, tenaga pengajar perlu memainkan peranan penting dalam memberi galakan kepada pelajar berkaitan transformasi pendidikan dalam era IR 4.0.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article