- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

6  ICQCC Sarawak Berjaya Merangkul Anugerah Emas di Beijing

Must read

Berkat dedikasi, komitmen serta semangat berpasukan yang kuat, enam (6) kumpulan ICQCC (The International Convention on Quality Control Circle) yang mewakili Sarawak  berjaya merangkul  Anugerah Emas di Beijing November 2023.

Kumpulan IQCC cemerlang pada Konvensyen Antarabangsa ICQCC di Beijing, China
Penyertaan kali ini amat membanggakan apabila enam (6) kumpulan ICQCC meraih anugerah Emas

Enam (6) pasukan yang memberikan persembahan dan prestasi cemerlang tersebut ialah 

  1. Kumpulan  : D’Isthmus (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

Tajuk Projek : Ketidakcekapan dalam menyebarkan maklumat pematuhan halal Di  Premis Makanan Usahawan SEDC

Tajuk Projek:    Ketidakberkesanan Pemprosesan Kes ketidakpatuhan untuk Industri kayu  

Kumpulan Sharks dari STIDC ketika membentangkan projek
Kumpulan Sharks dari STIDC selepas melakukan pembentangan projek
  • Kumpulan : THE SEARCH, Jabatan Pertanian Sarawak

Tajuk Projek :  Kesukaran menghancurkan Benih Dabai untuk Pengkomersialan

Kumpulan The Search dari Jabatan Pertanian Sarawak melakukan pembentangan projek
“Dabai Shell Crusher (DaSher) Projek dari Kumpulan The Search, Jabatan Pertanian Sarawak
  • Kumpulan : BORNEENSIS 2, Jabatan Hutan Sarawak
Penuh bersemangat Kumpulan Borneensis 2, selepas melakukan pembentangan
“Seedball Blaster”, Projek dari Kumpulan Borneensis2, Jabatan Hutan Sarawak

Tajuk Projek : Seedball Blaster

  • Kumpulan : VTech 12, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Serian

Tajuk Projek : Smart Target Accurate Reference Solution (STARS)

  • Kumpulan : SASSOKU TECH, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Serian

Tajuk :  Sistem Online Surat Hak Milik Tanah yang hilang

“Loss of Title Online System”, Projek dari Kumpulan Sassoku Tech, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Kuching

Kontinjen Sarawak diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, YBhg Datu Hii Chang Kee  dan Pengarah Unit Inovasi dan Transformasi Sarawak,Jabatan Premier Sarawak,  Encik Superi bin Awang Said selaku ketua Sekretariat untuk Kontinjen Sarawak.

Terdapat lebih 3,000 orang peserta dari 15 negara yang menyertai ICQCC kali ini dalam kedua-dua platform fizikal dan dalam talian.

Sebanyak 62 Pasukan ICC daripada 41 organisasi dari Malaysia menyertai platform kualiti antarabangsa tahunan ICQCC ke-48 ini di mana 45 kumpulan hadir secara fizikal di lapangan dan 17 kumpulan mengambil bahagian secara maya, melibatkan 272 wakil dari Malaysia.

Konvensyen Antarabangsa ICQCC telah diadakan sebanyak 47 kali sejak pelancarannya pada tahun 1976 yang juga  terkenal sebagai “Olimpik Berkualiti” (“Quality Olympics”)  kerana ia melibatkan penyertaan dengan jumlah yang besar daripada pelbagai industri.

Kumpulan VTech bergambar dengan peserta lain yang turut mengambil bahagian

Tahun ini (2023), ICQCC dihoskan oleh China Association for Quality (CAQ) dari 30 Oktober hingga 1 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Tasik Yanqi Beijing dengan tema “Inovasi dan Kesegaran, menyerlahkan keindahan Kualiti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article