- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemindahan Teknologi dan Kesediaan Kita Mengadaptasinya

Must read

Apabila munculnya sesuatu teknologi baharu, sentiasa bermain di fikiran kita adakah ia boleh dilaksanakan di tempat kita, adakah ia sesuai dengan persekitaran kita dan paling penting adakah ia praktikal dilaksanakan.

Di sesetengah tempat, ada yang memanggilnya Penyelidikan Pembangunan (R&D) dan ada juga dengan nama Test beds (Pengujian Teknologi). Bezanya, R&D lebih tertumpu kepada inovasi dan kajian  belum dikomersialkan  masih di peringkat makmal manakala Test beds, teknologi yang sedia untuk diuji keberkesanannya.

Mengambil contoh, Test bed Akuakultur yang dilaksanakan CENTEXS Lundu di bawah Syarikat Toclan yang mengendalikan Test bed Akuakultur berperanan penting dalam perkembangan dan penerapan teknologi akuakultur yang lebih efisien dan mampan.

Encik Shukri Mortadza, Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Toclan sewaktu ditemu bual RAKAN Sarawak menjelaskan terdapat lima (5) peranan utama Test bed Akuakultur.

Antara peranan utamanya, dari segi Pengujian teknologi Akuakultur baru atau yang sedia ada. Ini melibatkan pengujian sistem ternakan, komponan mekanikal dan elektrikal, pengendalian operasi baru dalam evolusi penternakan ikan dan keberkesanan sistem RAS (RAS (Recirculating Aquaculture system).

Encik Shukri berkata Sarawak antara perintis penggunaan sistem RAS selepas negara Poland

Dengan melakukan pengujian ini, kita dapat menentukan kelebihan dan kekurangan suatu teknologi agar dapat diperbaiki atau dikembangkan dengan lebih lanjut.

Peranan kedua, dari segi pemantauan dan evolusi, Test bed akuakultur dapat memantau dan memanfaat teknologi akuakultur yang melibatkan pemantauan parameter seperti kualiti air (suhu, oksigen terlarut, amonia, pH dan sebagainya), pertumbuhan ikan, pemakanan ikan serta kos operasi.

Jelas beliau lagi, data yang direkodkan kemudian digunapakai untuk menambah baik keberkesanan teknologi tersebut.  Hasil daripada sistem ini dapat digunakan untuk memperbaiki atau mengoptimalkan teknologi yang sedang digunakan.

Seterusnya, ia turut berperanan dalam pengembangan inovasi, kerana melalui Test bed akuakultur mendorong dalam inovasi baru dalam teknologi akuakultur.

Dengan penggunaan RAS, jelas beliau pengusaha akuakultur dapat mencuba, menguji dan menguna pakai inovasi baru yang dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan sistem yang mampan.

Melaluinya, beberapa inovasi yang dapat dikembangkan meliputi IOT iaitu penggunaan sensor, sistem pengawalan automatik, penggunaan sistem solar/hydro, dan sistem pemprosesan sisa automatik yang lebih efisien dan lebih menyeluruh Internet of Everything (IOE).

Peranan ke empat. Dari segi pemindahan teknologi, Test bed akuakultur juga berperanan dalam menjana pengetahuan dan teknologi akuakultur kepada para ilmuan, petani dan industri.

Apabila pemindahan teknologi ini berlaku, Informasi dan pengalaman yang didapati dari Test bed ini dapat digunakan untuk memberikan latihan dan konsultasi sokongan teknikal kepada mereka yang ingin menerapkan teknologi akuakultur yang lebih canggih dan efisien dalam industri, akademik dan masyarakat.

Peranan terakhir yang paling penting, dari segi penggunaan teknologi mampan, dengan sistem RAS ini kita dapat memahami lebih mendalam kaedah yang lebih berkesan dalam industri akuakultur.

Jelas beliau lagi,  ini  termasuk penggunaan pengolahan sisa yang lebih efisien, penggunaan tenaga yang mampan, pengawalan kualiti air yang efisien dan penggunaan makanan ternakan yang teratur.

Data yang diperolehi dari Test bed akuakultur dapat membantu mengembangkan industri dan dijadikan panduan yang dapat meningkatkan keberkesanan dalam perternakan akuakultur.

Pencapaian pelaksanaan teknologi Test bed Akuakultur dalam sistem RAS telah memberikan berbagai manfaat dan pengetahuan  praktikal kepada para pelatih dan peserta kursus Certificate in Indoor Aquaculture.

Nadi atau pusat kawalan kepada sistem RAS
Test Bed memberikan kefahaman mendalam tentang pengurusan kolam akuakultur secara mampan
Penyelidikan bukan terbatas kepada ternakan ikan kolam sahaja, turut mengkaji tentang ekologi ternakan udang secara mampan

Antara pencapaiannya, ia dapat memberikanpengetahuan pelaksanaan teknologi praktikal, kerana melalui Test bed akuakultur dengan sistem RAS, para pelatih dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman langsung dalam penggunaan teknologi ini.

Mereka dapat melihat secara langsung bagaimana sistem RAS berfungsi, mengurus kualiti air, cara merawat ikan dan bagaimana memantau kesihatan dan pertumbuhan ikan.

Selain itu, memberikan pemahaman tentang perkembangan teknologi kerana dalam  pelaksanaan Test bed Akuakultur, para pelatih akan diajarkan tentang perkembangan terkini dalam teknologi akuakultur, terutama berkaitan dengan sistem RAS.

Mereka akan diajarkan tentang komponen-komponen sistem, mengawal kualiti air dan pengurusan penguradaraan (aeration). Ini akan membantu mereka mengikuti perkembangan industri akuakultur dan memahami dengan kaedah praktikal dari teknologi ini.

Seterusnya peningkatan kemahiran teknikal, dengan para pelatih yang mengikuti kursus dan melibatkan diri dalam Test bed Akuakultur akan memiliki kemahiran teknikal khususnya dalam  penggunaan sistem RAS.

Terdapat tiga (3) komponen penting dalam pelaksanaan Test Bed Akuakultur
Pelajar turut dilakukan di kelas bagi tujuan pembelajaran secara praktikal
Pelajar didedahkan kepada teknologi terkini dalam pengurusan Akuakultur secara moden

Mereka akan terlatih dalam merancang, mengendali, dan menyelenggara sistem ini, serta dapat mengenali dan mengatasi masalah yang mungkin terjadi.

Kemampuan ini akan mempersiapkan diri mereka untuk bekerja dalam industri akuakultur dan mengimplementasikan teknologi ini secara efektif.

Pencapaian lain termasuklah penghasilan produk protein bebas bahan kimia dan antibiotik, dengan  Salah satu aspek penting dari sistem RAS adalah kemampuannya untuk menghasilkan sumber protein ternakan yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dan antibiotik.

Sistem ini turut berfungsi secara organik (EM) dan tidak menggunakan bahan -bahan kimia sintetik. Dalam Test bed Akuakultur, sistem ini dapat digunakan untuk menternak ikan dengan cara yang lebih sihat dan akan menghasilkan produk yang berkuliti tinggi dan selamat untuk dimakan.

Secara kesimpulannya, jelas beliau Test bed akuakultur dalam sistem RAS akan memberikan pengetahuan dan pengalaman praktikal kepada para pelatih, memperbaharui pemahaman mereka tentang perkembangan teknologi akuakultur, meningkatkan kemampuan teknikal mereka dalam penggunaan sistem ini, dan juga menghasilkan sumber protein yang sihat serta selamat untuk dimakan kerana bebas dari bahan kimia dan antibiotik.  

Aspek pemantauan dalam dilakukan menerusi telefon mudah alih
Alat sensor dipasang di dalam kolam bagi tujuan mengenalpasti dan kawalan tertentu keadaan dan kualiti air
Aspek kawalan dan pemantauan kini lebih mudah dengan adanya teknologi terkini
Perancangan bagi pelaksanaan selepas penggunaan teknologi Test bed Akuakultur Lanjutan daripada pencapaian  daripada Test bed ini ialah dengan wujudnya Commercial Integrated RAS di Demak Laut yang beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2023 dengan kapasiti pengeluaran ikan 10 ton dan udang galah 1 ton. Syarikat Toclan akan menghasilkan makanan ternakan dengan kos yang murah dengan kapasiti pengeluaran 15 ton sebulan. Keperluan untuk tenaga mahir dalam industri ini amatlah perlu untuk kita mengorak langkah kearah Sarawak Maju Makmur dalam menjana Ekonomi Agro Food 2030.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article