- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Projek Menaik Taraf Untuk Keindahan dan Pelancongan di Mukah dan Dalat

Must read

Projek pembangunan yang banyak memberi impak tinggi di daerah Mukah dan Dalat adalah melibatkan projek menaiktaraf kemudahan awam.

Ia bukan sekadar bertujuan menghidupkan suasana keceriaan dan pengindahan tetapi turut meningkatkan daya tarikan dan keselesaan dari segi pelancongan.

Antara projek tersebut banyak dilaksanakan pada tahun 2022 ialah seperti :

  • projek menaiktaraf tapak niaga Mukah Steet Food
  • mengecat semula gerai Bumiputera
  • menaiktaraf Gazebo utama dan kerja berkaitan di Taman Kala Dana Mukah
  • memasang lampu solar di kawasan Arena petanque
  • baik pulih sistem pencahayaan di Dataran Pehin Setia Raja Mukah dan
  • baik pulih sistem pencahayaan di tempat letak kereta Taman Kala Dana Mukah
Projek Menaik taraf tapak niaga Mukah Steet Food
Mengecat semula gerai Bumiputera
Menaik taraf Gazebo Utama dan kerja berkaitan di Taman Kala Dana Mukah
Memasang lampu solar di kawasan Arena petanque
Baik pulih Sistem pencahayaan di Dataran Pehin Setia Raja Mukah (waktu malam)
Baik pulih Sistem pencahayaan di Dataran Pehin Setia Raja Mukah (waktu pagi)
Baik pulih Sistem pencahayaan di tempat letak kereta Taman Kala Dana Mukah

Projek pembangunan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021-2022 dengan jumlah keseluruhan projek di bawah kendalian Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) bagi tahun 2021 ialah sebanyak 21 Projek dan pada tahun 2022 adalah 44 projek termasuk tiga (3) projek sambungan dari tahun 2021.

Bagi Projek Transformasi Pembangunan Luar Bandar ( RTP 2021-2022), pula , jumlah projek bagi tahun 2021 adalah sebayak 29 projek dan 2022 adalah sebanyak 25 projek.

Keseluruhan projek kebanyakannya adalah projek infrastruktur awam.

Bagi tahun 2023, terdapat beberapa rancangan projek pembangunan di bawah bidang kuasa MDDM, antaranya adalah:

  • tapak pelupusan sampah
  • menaiktaraf jalan
  • menaiktaraf parit dan pembentung
  • menaiktaraf kemudahan infrastruktur luar bandar
  • menaiktaraf kawasan lapang dan taman awam
  • pembinaan baharu bins center
  • menaik taraf tapak pelupusan sampaj diDalat dan Balingian
  • membina perpustakaan Desa Nanga Baoh, Mukah dan
  • membina Perpustakaan Desa Kampung Senau Oya
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article