- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

80 Projek Pembangunan Dilaksanakan di Serian Dalam RMKe-12

Must read

Sejumlah  80 projek pembangunan (Projek Bukan Fizikal) sedang dilaksanakan di Bahagian Serian  dengan jumlah siling peruntukkan RM386.6  juta.
Daripada 80 projek tersebut, sebanyak 34 projek telah disiapkan, 12 projek berada di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan dan 30 projek adalah di bawah peringkat perancangan. Kesemuanya perlu disiapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Perkembangan  ini diumumkan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak (SDDCM) Bil 5/2023 di Serian pada 16 November 2023

Mesyuarat kali ke-5 ini selepas diadakan di Kapit, Miri, Lawas dan Sibu ini bukan sahaja membincangkan prestasi pelaksanaan projek khasnya di bahagian Serian malah turut membincangkan  isu dan mencari penyelesaian masalah yang timbul daripada pelaksanaan projek berkaitan.

Pada perkara berkaitan, Premier Sarawak turut menyentuh tentang keperluan bekalan air dinaiktaraf dan ditingkatkan di Bahagian Serian.

Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.03 bilion bagi pelaksanaannya walaupun mengakui mungkin tidak dapat disiapkan pada tahun 2025, akan melangkaui satu (1) ke dua (2) tahun.

Premier Sarawak juga berkata Bahagian Serian perlu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM1.4 bilion  menjelang 2030.

Setakat ini, pencapaiannya RM600 juta dan ini bermakna terdapat tambahan RM800 juta yang diperlukan untuk mencapai sasaran

Premier Sarawak yakin ini dapat dicapai  dengan syarat infrastruktur mesti lengkap dan Serian meletakkan kedudukannya sebagai hab pelancongan di Sarawak (berhampiran dengan Kuching) dan terkenal dengan pelbagai tarikan semula jadi.

Sambil memetik kata-katanya sebelum ini, untuk melihat Serian sebagai “Mini New Zealand,”  Premier Sarawak yakin Serian boleh mengikuti model negara tersebut yang mempunyai persamaan dari segi pertanian dan budaya

Menurut Premier Sarawak, Serian mempunyai banyak potensi yang boleh diketengahkan seperti landskap gunung ganang, sungai, budaya masyarakat bebayuh, mata air panas, pusat peranginan Borneo Height, tasik dan terkenal dengan buah-buahan seperti durian, rambutan dan sebagainya.

Malah pengoperasian Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) juga akan dipanjangkan ke sini (Serian) di samping mempertingkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article