- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pengalaman di Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak

Must read

Sebagaimana yang diaspirasikan Premier Sarawak,  YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak atau lebih dikenali sebagai Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) telah pun beroperasi pada tahun 2021.

Sekolah antarabangsa ini menawarkan Tahun 7 (Tingkatan 1) sehingga Tahun 11 (Tingkatan 5) serta mengguna pakai kurikulum Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kewujudannya telah diterima baik daripada pihak pengurusan, tenaga pengajar dan juga pelajar dan sekali gus menaikkan semangat dan keazaman mereka berkhidmat dan menimba ilmu  di sekolah antarabangsa.

Bagi Mohd Muazzam Mifzal bin Nazarudin dari Kuching kini mengajar subjek Pendidikan Islam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) berkata ini adalah peluangnya untuk menyumbang bakti kepada sekolah antarabangsa  dan negeri Sarawak secara amnya.

Encik Mohd Muazzam Mifzal bin Nazarudin

Mula menjadi tenaga pengajar di sini pada Mei 2022, dia menerima tawaran ini disebabkan ingin memberi balik kepada komuniti dengan ilmu pengetahuan yang dia miliki.

Subjek Pendidikan Islam merupakan pilihan subjek keduanya selepas Bahasa Melayu yang dia kini mengajar subjek Pendidikan Islam untuk Tahun 7 dan 8.

Dia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan (pengkhususan Pendidikan Islam) mempunyai pengetahuan mendalam tentang subjek yang diajarnya.

Menariknya di sini, sekolah ini menggabungkan dua (2) kurikulum serentak, yang jarang kita lihat dan dapati di sekolah lain.

Katanya, ekspektasinya kepada pelajar adalah untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran, pengetahuan dan menjadi pemimpin yang beretika dan berkarisma.

Bagi guru Ennevieenatasia anak Sain dari Bintulu, antara kumpulan terawal guru pada pengambilan pertama 2021 pula begitu teruja apabila dapat mengajar subjek Global Perspektif.

Cik Ennevieenatasia anak Sain

Pelajar akan diajar bagaimana untuk membuat penyelidikan, analisis dan rujukan, katanya yang memiliki Ijazah Sarjana dalam Pendidikan.

Sebaik mendengar sekolah ini inisiatif Premier Sarawak, dia terus menerima tawaran selain subjek Global Perspektif itu sendiri menarik kerana selain ada kelas global perspektif, pelajar juga akan menggunakan kemahiran komputer bagi tujuan tersebut.

Ekspektasinya kepada pelajar di sini ialah agar mengasah kemahiran membuat penyelidikan, analisis dan mendapat pendedahan tentang apa yang berlaku di dunia seawal yang mungkin, Ini akan memudahkan mereka apabila berada di universiti kelak.

Guru Cik Aiman Zulaikha Mohd Fadzi dari Kuching, mengajar subjek (Teaching English As Second Language) berkata mula menyertai sekolah antarabangsa ini pada 28 Mac 2022.

Cik Aiman Zulaikha Mohd Fadzi

Sebab paling penting kenapa dia menerima tawaran sekolah ini adalah sebagai pendidik, ini adalah langkah besar untuk menyumbang bakti kepada negeri Sarawak, berkhidmat dalam suasana baru tidak pernah terfikir sebelum ini Sarawak mempunyai sekolah antarabangsa.

Kebanyakan guru di sini mempunyai ijazah sarjana, ada yang melanjutkan Pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. Malah sebagai jurulatih Cambridge, mereka juga perlu mendapatkan sijil tersebut.

Menariknya di sini, pelajar dan guru mendapat suasana seumpama di universiti disebabkan pelajar akan datang ke kelas guru selain pelajar yang pelbagai latar belakang kaum dan tempat.

Ekspektasi terhadap pelajar di sini, agar  menguasai Bahasa Inggeris, sebab ia adalah Bahasa teknologi dan kita harus membina keyakinan mereka agar ia terus berkembang dan dapat berkomunikasi lancar dalam Bahasa Inggeris.

Salah seorang pelajar, Yusoff Zahriff bin Azhar, dari Kota Samarahan yang kini berada dalam Tahun 8 (Tingkatan 2) ketika di temu bual RAKAN Sarawak  berkata dia mendapat tahu tentang sekolah ini daripada ibu bapanya.

Yusoff Zahriff bin Azhar

Apa yang memotivasikannya untuk mengikuti pengajian di sekolah antarabangsa ini selain adanya kurikulum IGCSE dan penting baginya mendapatkan sijil IGCSE penting untuknya belajar dan bekerja di luar negara kelak.

Ketika ditanya apa yang dia suka mengenai sekolah ini, jelasnya dia boleh belajar tradisi dan budaya kerana pelajar di sini terdiri daripada  kepelbagaian kaum dan etnik, kemudahan lengkap di bilik darjah seperti penyejuk udara, projektor,

Dia yang bercita-cita ingin menjadi Profesor Biologi, berkata setelah menamatkan pengajian di sini, dia akan mengambil A-Level sehingga ke peringkat tertinggi. Di peringkat Universiti nanti, dia akan mengambil bidang Biologi serta mempelajari lebih mendalam sehingga ke peringkat PhD.

Begitu juga dengan Adeline Yeo Zi Ning dari Mukah kini berada dalam Tahun 8 mendapat tahu tentang sekolah ini daripada guru sekolah rendahnya yang mencadangkan kepadanya.

Adeline Yeo Zi Ning

Motivasi utamanya untuk menyambung pengajian di sini adalah kita boleh mendapat dua (2) sijil serentak iaitu Sijil IGCSE dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) dan menjadi Impian untuknya belajar ke luar negara.

Adeline yang bercita-cita ingin menjadi pakar teknologi maklumat (ICT) berkata suasana pembelajaran di sini suatu yang baharu baginya kerana pelajar tidak berada di kelas yang sama, sebaliknya pelajar akan bergerak ke kelas yang berbeza (mengikut subjek).

Selain itu, menyukai subjek Global Perspektif kerana subjek itu mengajar bagaimana untuk membuat penilaian, analisis  dan penyelidikan, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Subjek lain seperti Sains dan Matematik kerana ia meminati subjek STEM (science, technology, engineering and mathematics).

Manakala bagi Caoilfhinn Marijske Anak Conelius dari Bintulu, yang kini berada dalam Tahun 7, mendapat tahu tentang sekolah ini dari guru sekolah rendahnya yang memberi risalah dan google form.

Caoilfhinn Marijske Anak Conelius

Dia mengambil keputusan melanjutkan pengajian di sini sebab mengetahui tentang adanya subjek Cambridge untuk membolehkannya belajar ke luar negara seterusnya membanggakan keluarganya.

Dia yang bercita-cita ini menjadi pakar astronomi berkata dia ingin mendapat pengetahuan dan melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.

Selain suasana baru di sini, dia juga mendapat kawan baharu yang turut memberikan motivasi kepada dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh di sini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article