- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SMA Tubuhkan Unit Keselamatan Siber, Bendung Penularan Jenayah Siber Di Sarawak

Must read

Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan menubuhkan Unit Keselamatan Siber sebagai usaha membendung penularan jenayah siber di Sarawak.

Pengurus Besar SMA, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng berkata, data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak menunjukkan trend jenayah siber di Sarawak meningkat sebanyak 300 kes dalam tempoh 11 bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Sebanyak 1,901 kes jenayah siber direkodkan pada 1 Januari hingga 30 November tahun 2023 berbanding 1,601 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun 2022,” kata Dato Dr. Anderson.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan “flag off” acara Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA sempena dengan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak di Padang Merdeka pada 9 Disember 2023.

Tambah Dato Dr. Anderson, daripada 1,901 kes yang direkodkan pada tahun ini, sebanyak 552 kes melibatkan jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud (299 kes), phone scam (252 kes), love scam (51), penyamaran (86), e-kewangan (136), pelaburan tidak wujud (252 kes) dan tawaran kerja (273 kes).

“Data tersebut bukan sesuatu yang dibanggakan. Justeru, Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan pelaksanaan Rangka Kerja Keselamatan Siber melalui Unit Keselamatan Siber yang memfokus kepada tadbir urus berkesan, dasar dan pematuhan.”

“Selain itu, kita sebagai sebuah kerajaan yang memperkasakan ekonomi digital akan berterusan mendidik masyarakat agar melayari Internet secara selamat,” jelasnya.

Tegasnya, pekara yang paling asas untuk mengelakkan menjadi jenayah siber ialah orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat peribadi hanya melalui panggilan telefon.

“Ini kerana urusan rasmi agensi-agensi kerajaan tidak mengguna pakai panggilan telefon,” ujarnya.

Seramai 2,000 peserta yang menyertai Hari Kesedaran Keselamatan Siber. Turut diadakan ialah taklimat daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article