- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Premier Sarawak Rasmi Bangunan Baharu Pejabat Daerah Selangau

Must read

Sejak lima (5) tahun kebelakangan ini pembangunan infrastruktur menjadi agenda utama di kawasan Selangau.

Beberapa projek infrastruktur berkenaan telah banyak membawa perubahan dan peningkatan taraf hidup dan aktiviti ekonomi di daerah ini.

Antaranya :

1. Naiktaraf Jalan Pasai Siong dari jalan batu kelikir kepada jalan tar 19km

2. Naiktaraf dewan Sk Tong Selangau

3. Membina Pejabat Baru Dearah

4. Membina tebingan Selangau/waterfront

5. Membina mini sport complex Selangau

6. Naiktaraf Jalan Bawang Kemana Selangau

7. Kemudahah bekalan eletrik 24 jam yang telah telah memanfaatkan sejumlah 80 buah rumah panjang atau 1,492 isi rumah

Dalam pada itu, masyarakat di Selangau juga berharap agar pembangunan baharu yang dirancang untuk daerah ini khasnya di Pekan Selangau mengambil kira perancangan kawasan perumahan mampu milik rakyat, membina pasar baharu termasuk kawasan perindustrian kecil dan sederhana dan hotel penginapan untuk menampung pemintaan tempatan.

Kepesatan pembangunan di Selangau tentu sekali dipermudahkan oleh jentera pentadbiran kerajaan yang efektif dan efisien.

Pejabat Daerah Selangau merupakan jentera pentadbiran Kerajaan Sarawak yang merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan pembangunan di daerah ini.

Hari ini (18 Disember 2023), Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah merasmikan bangunan baharu Pejabat Daerah Selangau.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menandatangani plak perasmian bangunan baharu Pejabat Daerah Selangau

Pejabat tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak kira-kira RM3.54 juta itu dilengkap dengan pelbagai kemudahan untuk orang awam, bilik pegawai daerah, penolong pegawai daerah termasuk ketua masyarakat dan ketua kaum.

Dengan kemudahan baharu ini, apa yang pasti, lebih banyak pembangunan dapat rancang dan diselaraskan selain memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan adalah pada tahap yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merasmikian Tebingan Selangau

Premier Sarawak juga merasmikan Tebingan Selangau. Projek Tebingan Selangau ini melibat kos kira-kira RM3.94 juta dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan 2022 dan ini merupakan tarikan tempat riadah dan rekreasi terbaharu Selangau.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article