- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ekonomi Baharu : Sarawak Lakar Kejayaan

Must read

Kepimpinan Pentadbiran Sarawak yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh diterajui Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah berjaya meletakkan Sarawak sebagai peneraju ekonomi digital dan ekonomi hijau di rantau ini.

Kepimpinan berpandangan jauh Premier Sarawak sejak mengambil alih tampuk pentadbiran 7 tahun yang lepas kini telah menampakkan hasilnya.

Sebaik Premier Sarawak mengambil alih tampuk pentadbiran pada tahun 2017, beliau telah memperkenalkan inisiatif ke arah ekonomi digital sehinggalah diperluaskan merangkumi  Ekonomi Baharu merangkumi ekonomi hijau dan biru dengan memanfaatkan sepenuhnya kekayaan alam semulajadi di Sarawak.

Sarawak antara yang terawal mengadaptasi ekonomi digital sejak tahun 2018 (di pacu melalui Pelan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022) membina asas kukuh merangkumi ekosistem digital termasuklah memperkenalkan platform digital seperti Sarawak Pay, Sarawak ID dan sebagainya.

Sarawak ID yang diperkenalkan sejak tahun 2018 akan dipertingkatkan menjadi Sarawak Pass yang akan memberikan identiti tunggal untuk rakyat Sarawak mengakses pelbagai perkhidmatan
Sarawak Pay yang digunakan secara global kini adalah antara inisiatif terawal Sarawak bagi pembudayaan gaya hidup digital

Premier Sarawak ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana, YAB Premier 2024  baru-baru ini berkata beberapa inisiatif terdahulu seperti Sarawak ID akan dipertingkatkan menjadi Sarawak Pass, yang menyerupai SingPass (Singapura), identiti Tunggal digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan termasuk kewangan, swasta, perkhidmatan awam dan pengangkutan awam sistem Autonomous Rapid Transit (ART)

Di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030, lanjutan daripada Pelan Strategi terdahulu, Kerajaan Sarawak, menurut beliau kini secara aktif memberikan keutamaan untuk meningkatkan tahap kesediaan digital.

Pandu uji prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) yang bermula sejak 4 September 2023 telah meliputi jarak keseluruhan 5,407 kilometer. Kemudahan itu dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2025

Ia termasuklah memperkukuhkan infrastruktur digital, meningkatkan ketersambungan 99.9% liputan internet, membangunkan bakat analitik digital dan data, menggabungkan pengkomputeran awan, memperkukuhkan keselamatan siber dan meningkatkan pengurusan data. 

Menurut Premier Sarawak, bagi memperkukuhkan Ekonomi Digital Sarawak lagi , Ordinan Aktiviti Kerajaan Sarawak 2022 dan Dasar Perkongsian Data telah digubal bagi merealisasikan pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Pastinya, ia dapat  mempercepatkan transformasi sektor awam dan perkhidmatan dengan tumpuan sepenuhnya dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dan mencapai 100% perkhidmatan dalam talian.

Dari aspek jaminan keselamatan pula, Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah menubuhkan Unit Keselamatan Siber sebagai persediaan dalam menangani sebarang isu berkaitan ancaman digital selain mengukuhkan keselamatan digital.  

Sarawak komited untuk mempromosikan ekonomi hijau dengan memanfaatkan sumber asli kita yang banyak dan tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak meninjau kemudahan penghasilan microalga di Sarawak. Kemudahan ini di bawah Sarawak Biodiversiti Centre (SBC) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad, Chitose Laboratory of Japan dan ENEOS Corporation kemudahan terbesar di dunia seluas kira-kira 5 hektar di Sejingkat, Kuching

Kini, Sarawak sedang beralih kepada wilayah yang rendah karbon dengan menitikberatkan pembangunan mapan dalam usaha menarik lebih ramai pelaburan ke wilayah ini.

Sarawak merupakan wilayah di Malaysia yang pertama memanfaatkan sumber algae untuk kegunaan bahan api Sustainable Aviation Fuel (SAF) 

Seiring dengan dasar ekonomi hijau dan biru, Premier Sarawak telah mentransformasikan landskap pengangkutan Sarawak dengan memperkenalkan bas hydrogen, ART. Kini, projek ART siap pada penghujung tahun 2025 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2026.

Penggunaan tenaga hidro boleh diperbaharui Sarawak untuk pengeluaran hidrogen hijau melalui elektrolisis telah menjadikan Sarawak peneraju serantau dalam peralihan tenaga hijau dan  Sarawak menjadi contoh kepada negeri lain dan negara luar dalam usaha pembangunan mampan

Perkhidmatan pengangkutan awam bas hidrogen yang pertama di Asia Tenggara dilancarkan di bandar raya Kuching pada tahun 2020 yang juga merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak meneroka ekonomi hidrogen.

Sarawak juga semakin dikenali di luar negara sebagai peneraju ekonomi hijau di Malaysia apabila Premier Sarawak telah dijemput menjadi untuk bercakap tentang pendekatan yang diambil Sarawak  terhadap Ekonomi Hijau dalam forum di peringkat antarabangsa  antara contohnya seperti di Eropah, Jepun, dan  Indonesia.

Perjanjian Persefahaman di antara SEDC dengan Sumitomo Corporation dan ENEOS untuk projek H2ornbill

Bukti kejayaan ini dapat disaksikan apabila apabila Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menandatangani perjanjian dengan dua firma Jepun – Sumitomo Corp dan ENEOS untuk projek H2ornbill untuk meneruskan projek menghasilkan 90,000 tan hidrogen hijau setahun di Bintulu.

Sarawak Energy juga menjalinkan kerjasama dengan tiga syarikat multinasional Korea Selatan, iaitu Samsung Engineering, Posco, dan Lotte Chemical untuk membangunkan hidrogen hijau kemudahan derivatif yang dikenali sebagai projek H2biscus, yang kini telah berkembang ke peringkat reka bentuk kejuruteraan hadapan.

Pada Januari 2022, Samsung Engineering menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan projek hidrogen dan ammonia hijau (Projek H2biscus) di Bintulu, Sarawak bersama LOTTE Chemical, POSCO Holdings dan SEDC Energy. Projek berskala besar untuk menghasilkan hidrogen untuk penukaran kepada ammonia dijangka beroperasi pada tahun 2027

Kedua-dua projek tersebut berpotensi menghasilkan sehingga 238,000 tan hidrogen hijau setahun, menjana anggaran tambahan RM2.4 bilion kepada keluaran dalam negara kasar Sarawak menjelang 2030.

Premier Sarawak yakin dua loji hidrogen mega tersebut suatu permulaan kepada masa depan hidrogen  buat Sarawak  dan akan membolehkan penciptaan industri berasaskan hidrogen baharu seperti pembuatan elektroliser, sel bahan api dan memulakan industri kimia hijau.

Sarawak turut meneroka potensi mikroalga untuk mengubah landskap tenaga dengan menjadi bahan mentah boleh diperbaharui untuk biofuel, farmaseutikal dan makanan tambahan.

Premier Sarawak berbangga apabila Pusat Biodiversiti Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad, Chitose Laboratory of Japan, dan ENEOS Corp telah menubuhkan kemudahan demonstrasi pengeluaran biojisim mikroalga besar-besaran terbesar di dunia, seluas kira-kira lima hektar di Sejingkat, Kuching.

Jelas beliau, mikroalga juga menawarkan potensi besar untuk menghasilkan minyak alga mentah (CAO) yang digunakan dalam pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).

SEDC Energy dengan kerjasama Penyelidikan Petronas mempunyai kilang demonstrasi yang menanam strain mikroalga yang berpotensi menghasilkan sejumlah besar CAO untuk diproses menjadi SAF.

Sekiranya berjaya dan terbukti kos efektif, kemudahan berskala komersial yang lebih besar akan dibina berhampiran Bintulu untuk menggunakan pelepasan karbon daripada industri sebagai aliran suapan, sekaligus mengurangkan pelepasan keseluruhan.

Premier Sarawak yakin bahawa Tenaga Bersih dan Peralihan Tenaga adalah kunci kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi masa depan Sarawak.

Bagi menyokong usaha tersebut, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak akan menggubal Dasar Peralihan Tenaga dan ”Road Map” untuk Sarawak.

Pelan hala tuju itu, jelas Premier Sarawak akan menjadi rujukan utama untuk Sarawak  membuka jalan ke arah masa depan tenaga yang selamat, saksama dan mampan untuk Sarawak.

Dari segi pembangunan sektor Tenaga Diperbaharui pula, Premier Sarawak berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani melibatkan Sarawak Energy Berhad dan  penyedia tenaga bersih milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu, Abu Dhabi Future Energy Company, yang dikenali sebagai MASDAR untuk membangunkan 2 Gigawatt tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, dengan rancangan untuk memulakan Fasa 1  dengan membangunkan 1 Gigawatt di Sarawak.

Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sarawak Energy Berhad dan MASDAR untuk membangunkan 2 Gigawatt Tenaga Boleh DiPerbaharui di Sarawak

Sebagai tambahan kepada tumpuan kepada penyimpanan solar dan tenaga, Sarawak Energy dan MASDAR bersedia untuk meneroka peluang kerjasama dalam projek hidro seluruh Malaysia.

Selain itu, PETROS dan Mubadala Investment Company juga meneroka peluang kerjasama, dengan tumpuan khusus pada sektor tenaga dan karbon.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article