- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Dua Inovasi JTS Sarawak Menang Anugerah Di MTE 2024

Must read

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah memperoleh empat (4) anugerah emas pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari lepas.

Empat (4)emas ini diperoleh melalui dua projek inovasi yang dipertandingkan oleh JTS pada MTE 2024, iaitu Monitoring System for Survey of Land Acquisition (MOSSLA) dan Flextervation yang masing-masing telah dianugerahkan pencapaian tertinggi ini dalam kategori International Innovation Awards (IIA) dan Public Service Innovation Asia (PSIA).

Anugerah bagi IIA telah disampaikan oleh YB Datuk Ts Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi manakala anugerah bagi kategori PSIA telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

International Innovation Awards (IIA) merupakan pengiktirafan kepada inovasi yang menunjukkan potensi komersial yang tinggi dan solusi yang inovatif.

Ini merupakan penyertaan pertama JTS dalam kategori ini untuk dinilai pada kriteria berbeza di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 201 inovasi dari pelbagai organisasi, syarikat, institusi pengajian tinggi dan penyelidik telah menyertai IIA dan 60 daripadanya menerima anugerah emas IIA.

Bagi kategori PSIA, projek inovasi MOSSLA yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Lands Tahai Q dari JTS Limbang telah menerima Anugerah Khas Malaysia Technical University Network (MTUN) Technical and Vocational Education and Training (TVET). MOSSLA menerima anugerah ini atas inovasi pendigitalan perkhidmatan awam dalam memudahkan pengurusan projek demi faedah kepada rakyat.

Kumpulan Lands Tahai Q menerima Anugerah International Alliance of Innnovation and Invention Association pada MTE 2024
Kumpulan Bistari Tech menerima Anugerah Japanese Intelletual Property Association pada mTE 2024

Selain itu, MOSSLA juga menerima Anugerah Khas dari International Alliance of Innovation & Invention Association manakala Projek Flextervation telah dianugerahkan Anugerah Khas oleh Japanese Intellectual Property Associstion (JIPA).

PSIA bertujuan sebagai platform untuk sektor perkhidmatan awam mengetengahkan inovasi yang dibangunkan oleh agensi sendiri secara dalaman selain untuk memberikan pengiktirafan serta mendorong meningkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk rakyat dengan menggunakan trend teknologi terkini.

Sebanyak 37 projek inovasi telah menyertai kategori PSIA melibatkan 25 agensi perkhidmatan awam. Selain projek dari JTS, 13 lagi projek inovasi dari agensi perkhidmatan awam lain turut menerima pingat emas, manakala untuk pingat perak sebanyak 17 inovasi dan pingat gangsa diberikan kepada lima projek inovasi.

MTE 2024 merupakan platform bagi para penggiat inovasi dan kreativiti untuk mempamerkan inovasi mereka kepada umum.

Penganjuran MTE kali ke-23 ini telah berjaya mengetengahkan sebanyak 368 inovasi dari pelbagai organisasi perkhidmatan awam, syarikat berasaskan inovasi dan teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan para pelajar di peringkat sekolah.

MTE 2024 juga telah melibatkan penyertaan dari 12 buah negara, antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Iran, Hongkong, Poland, Singapura, Yaman dan Thailand serta Taiwan.

Sumber : Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article