- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Youth Indeks 2.0 Nilai Tahap Kesejahteraan Belia Sarawak

Must read

Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSED) melalui kerjasama Youth Research Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,  sedang dalam usaha bersama merangka Sarawak Youth Indeks 2.0 bagi menilai tahap kesejahteraan belia di Sarawak.

Kajian berkenaan akan dilaksanakan pada tahun 2024 nanti, melibatkan 19,600 belia daripada 45 daerah di seluruh Sarawak  meran domain kajian adalah Domain Pendidikan, Domain Ekonomi, Domain Kesejahteraan Mental dan Fizikal, Domain Sosialisasi Politik dan Demokrasi, Domain Nilai dan Identiti dan Domian Media dan Digital.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah sewaktu Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 yang diadakan 2 Disember 2023 di Kapit.

Teks ucapan dibaca oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan)i, YB Dato Gerald Rentap Jabu. 

Jelas beliau lagi, melalui kajian berkenaan kementerian akan membangunkan pengurusan data dan merangka strategi pembangunan belia Sarawak.

Pada perkara berkaitan, kolaborasi lain MYSED ialah telah meluaskan kolaborasi pembangunan belia di peringkat nasional yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Darul Takzim.

Antara program yang dilaksanakan adalah Jelajah Belia Sarawak @ Sabah yang telah diadakan pada 1 Julai 2023 di Sabah International Convention Centre dan melibatkan lebih 700 belia dan pelbagai penyertaan.

Program yang julung kali diadakan ini adalah strategi turun padang oleh pihak kementerian bagi mendengar aspirasi anak-anak Sarawak yang menuntut dan menetap di Sabah.

Selain itu, MySED juga telah melaksanakan Sarawak, Johor dan Sabah (SJS 2023) Youth Exchange Programme yang melibatkan 45 orang pemimpin-pemimpin belia daripada tiga (3) wilayah berkenaan pada 9 sehingga 14 Oktober 2023 yang lalu.

Objektif utama penganjuran program tersebut adalah meningkatkan tahap kepimpinan belia, rangkaian kerjasama dan memupuk keharmonian di kalangan belia. 

Mengenai keseluruhan program pembangunan belia pada tahun 2023, beliau berkata   sejumlah 822 program pembangunan belia melibatkan 622,425 telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan kerjasama pihak Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, SABERKAS, PEMADAM dan persatuan-persatuan belia dan sukan seluruh Sarawak.

Antara program-program yang dilaksanakan adalah Sambutan Hari Belia Sarawak, Jelajah Belia Sarawak, MYSED Go Rural, MYSED Go University, Youth Got Skills, Program Belia Prihatin, Kursus Kepimpinan Organisasi, Youth Survival Skills, Youth Leadership Camp, Sarawak X-Tive dan Youth Entrepreneur Set-Up.

Program kolaborasi lain yang dilaksanakan adalah Rakan Muda, bersama rakan strategik kementerian adalah Hari Belia Negara Peringkat Sarawak, Kelas Latihan Asas Sukan, SABERKAS Career and Education Carnival, SABERKAS Prihatin Khas, SABERKAS Sport Carnival, Economic Digital Empowerment Workshop, Kempen Anti-Dadah PEMADAM dan banyak lagi.

Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 ini merupakan Edisi ke-6 semenjak tahun 2017 dengan buat julung kalinya, Bahagian Kapit telah dipilih menjadi tuan rumah bagi memberi isyarat yang mana pihak Kementerian meraikan dan menghargai belia-belia di setiap pelosok Sarawak.

Seperti yang dinyatakan oleh Premier Sarawak semasa Sambutan Hari Belia 2022 yang lalu, belia merupakan obor kepada Sarawak dan merupakan tunjang kekuatan dan kesejahteraan masyarakat di masa hadapan dan mencerminkan harapan kita di masa hadapan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article