- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PCDS 2030: Sarawak Berada Di Landasan Tepat

Must read

Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dilancarkan pada Julai 2021 untuk memacu Sarawak mencapai status maju menjelang tahun 2030 dengan tiga (3) teras utama ditetapkan, iaitu Kemakmuran Ekonomi, Keterangkuman Sosial dan Kemampanan Alam Sekitar.

Untuk memastikan seluruh rakyat menikmati kemakmuran ekonomi serta keterangkuman sosial, Sarawak perlu menggandakan pertumbuhan ekonominya secara purata dari 6% ke 8% setahun bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM282 bilion pada 2030 dengan median pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM15,000.

Berdasarkan status semasa, Sarawak mencatatkan pertumbuhan ekonomi 6.5% pada 2022 dengan KDNK sebanyak RM140 bilion manakala median pendapatan isi rumah bulanan pula adalah sekitar RM4,978.

Penerokaan dalam ekonomi hijau dan ekonomi baharu selain pelaksanaan inisiatif alam sekitar yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 turut dipergiatkan pada masa ini di peringkat kerajaan dan swasta sebagai usaha Sarawak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang 2030.

PCDS 2030 berpaksikan pada enam (6) sektor ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi Sarawak, iaitu Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial yang akan disokong oleh tujuh (7) pemboleh, merangkumi Transformasi Digital, Inovasi Infrastruktur Asas, Pengangkutan, Utiliti, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan serta Tenaga Boleh Diperbaharui.

Menurut Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Jabatan Premier Sarawak, Encik Mohd Hafiz bin Ali, sasaran enam (6) sektor utama tersebut turut menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.

Berikut adalah rumusan pencapaian enam (6) sektor utama PCDS 2030 yang dicatatkan pada 2022:

Encik Hafiz memaklumkan perkara tersebut ketika menyampaikan taklimat Pencapaian PCDS 2030 pada Program Jelajah Penerangan dan Isu-isu Semasa anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang diadakan di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak pada 11 Mac 2024.

Taklimat Pencapaian PCDS 2030 yang disampaikan oleh Penolong Pengarah EPU, Encik Hafiz bin Ali

Program dihadiri oleh para penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPA) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari Daerah Kuching.

Maklumat lanjut mengenai PCDS 2030 boleh dilayari di https://premierdept.sarawak.gov.my

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article