Revolusi Industri (IR) 4.0 secara umumnya merangkumi Internet of Things (IOT), simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data dan automasi robot.
Ia berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
IR 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia ketika ini memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.
Penubuhan Makmal Prototaip IR 4.0 ini akan mengukuhkan lagi pendigitalan ekonomi di Sarawak agar berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Baca lanjut : Makmal Prototaip IR 4.0 Bantu Pertumbuhan Ekonomi Pendigitalan