Kerajaan sentiasa berusaha untuk memelihara dan merekayasa perpaduan di peringkat komuniti sebagai suatu pelonjak kepada pembangunan dan pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang dan harmoni.
Hal ini adalah demi memastikan negara kita tidak lagi dibelenggu dengan perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat dan mencetuskan ketidakharmonian sesama kita.
Dalam hubungan ini, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan yang amat penting di peringkat komuniti khususnya di kala negara berdepan dengan pelbagai cabaran.
Menurut Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Encik Giri anak Nyareng ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, KRT diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti setempat.
KRT juga menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi.
Baca lanjut : KRT Jentera Perpaduan di Malaysia