- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Must read

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Di bawah inisiatif ini, akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel di mana caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan diagihkan seperti berikut: 75% kepada Akaun Persaraan, 15% kepada Akaun Sejahtera dan 10% kepada Akaun Fleksibel.

Akaun Fleksibel merupakan akaun baharu yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan jangka pendek ahli. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Pada tarikh kuat kuasa struktur akaun baharu, Akaun Fleksibel ahli akan bermula dengan baki sifar. Ahli diberikan pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan yang ada dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di www.kwsp.gov.my atau aplikasi KWSP i-Akaun.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article