- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Mempersiapkan Sarawak Sebagai Pengeksport Makanan Bersih Menjelang 2030

Must read

Stesen penyelidikan pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan pertanian di Sarawak bagi mengurangkan kebergantungan Sarawak kepada aktiviti import bekalan makanan.

Selain itu, ia juga akan dapat memenuhi keperluan terhadap pemindahan teknologi selain memberi khidmat nasihat teknikal kepada komuniti pertanian di seluruh negeri ini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Sarawak perlu memanfaatkan teknologi pertanian moden di samping memastikan teknologi yang diguna pakai adalah sesuai dengan agro-iklim kita.

Ini termasuk penekanan kepada penggunaan teknologi pertanian digital untuk menarik lebih ramai usahawan dan belia menceburi bidang pengeluaran makanan.

Pada 2019, Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh seluas 552 hektar telah dinaik taraf menjadi Stesen Penyelidikan Pertanian Wilayah Utara Sarawak pada 2019.

Secara dasarnya, stesen ini telah beroperasi sejak 1964 bermula daripada stesen penyelidikan kelapa sawit kepada pusat penyelidikan buah-buahan, koko, kelapa dan kopi sejak 1980 hingga sekarang.

Kawasan seluas 552 hektar itu meliputi; Stesen Penyelidikan Tanaman (151.6 ha); Stesen Perikanan Darat Kabuloh (12 ha); Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM – 278.8 ha); Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS – 29.2 ha); Pertubuhan Peladang Kawasan Subis (PPK – 20.8 ha);

Sebanyak 585 pokok durian yang ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh

Projek Penanaman Nanas Syarikat SARAMANIS (23 ha); Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS -26 ha); Industri Asas Tani (IAT) di Bangunan Inkubator (0.8 ha); dan Pertanian Jitu atau Precision Farming (9.8 ha).

Maklumat ini dikongsikan Pegawai Menguasa Stesen Penyelidikan Pertanian Wilayah Utara Sarawak, Puan Roslind Anyi pada sesi taklimat ringkas sempena tinjauan RAKAN Sarawak ke stesen ini.

Puan Roslind Anyi memberikan taklimat ringkas sempena tinjauan RAKAN Sarawak ke Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh

Menurut beliau, peranan utama stesen ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang tanaman makanan dengan kelebihan yang berdaya saing.

Fokus tanaman pula lebih kepada tanaman durian, nanas, pisang, padi, kopi, kelapa dan sayur yang ditanam menggunakan sistem Internet untuk Segalanya (IoT).

Stesen Penyelidikan ini terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu yang pertama ialah Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Tanaman yang meliputi buah-buahan, sayuran, kelapa, kopi, padi, tanaman ladang dan tanaman tanah tinggi.  

Kedua ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan dan seterusnya ialah Unit Khidmat Sokongan yang meliputi pengurusan ladang (farm management), pengeluaran bahan penanaman, pengeluaran input organik dan landskap.

Stesen ini juga turut menawarkan khidmat nasihat teknikal dan khidmat sokongan seperti Pemindahan Teknologi, Program Jaminan Kualiti (myGAP dan myOrganik), Pengeluaran Bahan Tanaman yang Disyorkan serta sebagai pusat Penyimpanan dan Penyebaran Maklumat.

Bangunan pertanian ketepatan (precision farming) di Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh telah siap pada awal 2024

Buat masa ini, Stesen Penyelidikan Pertanian Wilayah Utara Sarawak sedang menjalankan 27 projek pembangunan pertanian seperti berikut;

No.ProjekCatatan
1Tanaman Kelapa Tacunan, Kelapa Sungai Gulang-Gulang, Kelapa Matag dan Kelapa Pandan    Dijalankan di Kabuloh / Bahagian Utara Sarawak
2Kebun Benih Kelapa Pandan
3Pengumpulan dan pemuliharaan buah-buahan germplasma
4Plot demonstrasi kepelbagaian durian komersial
5Plot demonstrasi sapindaceae
6Plot demonstrasi kopi di tanah amah
7Varieti padi tanah pamah germplasma
8Pengeluaran bahan tanaman untuk sayur-sayuran dan buah-buahan
9Pengeluaran input organik
11Kajian kepelbagaian durian kuning (durio graveolens) di kampung Lubok Piasau dan Limbang berdasarkan morfologi
12Pemerhatian terhadap hasil tanaman halia Sabah dan tempatan menggunakan budaya tanpa tanah
 Pemerhatian terhadap pelbagai varieti bawang merah menggunakan kultur tanpa tanah (sistem fertigasi)
13Penanaman pisang berketumpatan kapok
14Pengurusan agronomi dua klon durian tempatan yang berpotensi iaitu jenis DS68 & DG25 di Kabuloh      Dilaksanakan menerusi Dana Program Fasilitasi Pertanian (AFF)
15Maklum balas dua klon durian komersial iaitu jenis D168 dan D200 terhadap baja organik dan bukan organik di Kabuloh
16Prestasi mangga komersial (harum manis) di bawah keadaan biofizikal tempatan dan jarak penanaman berbeza – Kabuloh
17Pemilihan mangga tempatan (mempelam) untuk pengeluaran jeruk – Kabuloh
18Plot semak sumber untuk pengeluaran bahan tanaman (1 ha) – Kabuloh
19Penilaian varieti asparagus di Bario
20Penilaian varieti Tomato Ceri di Bario
21Projek berasaskan komuniti pengeluaran bahan tanaman di Kampung Bungai, Sibuti
22Demonstrasi teknologi tanpa tanah (fertigasi dan hidroponik NFT) dan pengeluaran benih di Kabuloh
23Demonstrasi pertanian ketepatan (penggunaan IoT) di Kabuloh Nota: Penyediaan bangunan telah siap pada awal 2024, dan kini sudah dalam proses menyediakan peralatan IoT untuk digunakan
24Percubaan Varieti Avocado di tanah tinggi (sedang dalam proses penanaman semula kerana percubaan pertama dimakan kerbau)    Dilaksanakan di Bario
25Percubaan menanam tiga jenis aksesi lemon di tanah tinggi iaitu C1 Baro, C2 Bakelanan dan C3 Australia
26Tanaman buah markisa (passion fruit) secara fertigasi (dalam proses mengumpul bahan tanaman)
27Projek pemilihan pada jenis varieti adan untuk makanan asas padi bario yang berkualiti
Pegawai Pertanian Bahagian Miri, Encik Mohd Hafis Razak (Tengah), Puan Roslind Anyi (kanan) dan Encik Gilbert Kalaween anak Mangga mengangkat buah durian klon D143
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article