- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Melahirkan Tenaga Kerja Mahir dan Berdaya Saing

Must read

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  Miri ditubuhkan dengan matlamat untuk melatih golongan belia memperoleh kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal serta mampu bekerja sendiri.

Misi IKBN Miri adalah untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang mampu berdaya saing serta dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Latar Belakang IKBN Miri

IKBN Miri telah dibina pada tahun 1999, terletak di Bandar Baru Permyjaya yang sejauh kira-kira 12 kilometer dari bandar raya Miri.

Keluasan keseluruhan IKBN Miri adalah 50.9 ekar dengan 42.7 ekar kawasan telah dibangunkan dan 8.2 ekar masih belum dibangunkan.

IKBN Miri ditubuhkan dengan matlamat dan misi untuk melahirkan belia berkemahiran dan berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara

IKBN Miri telah memulakan operasi pada 2002 diikuti dengan pengambilan pertama pelajar pada 2003. Sejak itu, IKBN Miri telah melahirkan seramai hampir 5,000 orang graduan.

Program dan Kursus yang Ditawarkan

IKBN Miri menawarkan tiga (3) program utama, iaitu Program Automotif, Program Mekanikal dan Program Hospitaliti.

Di bawah program Automotif, kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi Diploma Kemahiran Malaysia (Automotif), Penyelenggaraan Kereta, Penyelenggaraan Jentera Berat, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan dan Semburan Cat.

Program Mekanikal menawarkan satu (1) bidang kursus, iaitu Penyelenggaraan Industri manakala program Hospitaliti pula menawarkan kursus Penyediaan Pastri, Penyajian dan Penyediaan Makanan.

Sejak ditubuhkan, IKBN Miri telah melahirkan seramai hampir 5,000 graduan dalam pelbagai bidang teknikal

Kursus latihan biasanya mengambil masa di antara 18 hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya menamatkan kursus latihan akan mendapat sijil daripada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Kemudahan dan Bengkel Latihan

IKBN Miri dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan bengkel yang dilengkapi dengan peralatan terkini bagi menyokong proses pembelajaran dan latihan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah Dewan Besar, Dewan Makan, empat (4) Gelanggang Badminton, dua (2) Gelanggang Takraw, dua (2) Gelanggang Futsal, sebuah Padang Bola Sepak, dua (2) Makmal Komputer, Perpustakaan, dua (2) Bilik Mesyuarat, Surau dan 67 unit Kuarters kediaman kakitangan.

IKBN Miri turut memiliki empat (4) Blok Asrama pelaar lelaki dan pelajar Perempuan. Setiap satu blok menyediakan sebanyak 36 buah bilik yang boleh memuatkan seramai 146 orang penghuni.

Dari segi kemudahan pembelajaran, IKBN Miri menyediakan beberapa bengkel latihan seperti berikut:

  1. Bengkel Hospitaliti untuk kursus Penyediaan Pastri – dilengkapi satu (1) Bilik Kuliah, Penyediaan Makanan (2 Bilik Kuliah) dan Penyediaan dengan (1 Bilik Kuliah)
  2. Bengkel Kenderaan Motor untuk latihan Penyelenggaraan Kereta – dilengkapi empat (4) Bilik Kuliah
  3. Bengkel Jentera Berat untuk latihan Penyelenggaraan Jentera Berat – dilengkapi empat (4) Bilik Kuliah
  4. Bengkel Kenderaan Perdagangan untuk latihan Penyelenggaraan Perdagangan – dilengkapi tiga (3) Bilik Kuliah
  5. Bengkel Semburan Cat untuk latihan Semburan Cat (Automotif) – dilengkapi dua (2) Bilik Kuliah
  6. Bengkel DKM untuk kursus Diploma Kemahiran Malaysia (Automotif) – dilengkapi dua (2) Bilik Kuliah
  7. Bengkel Mekanik Industri untuk kursus Penyelenggaraan Industri – dilengkapi tiga (3) Bilik Kuliah
Beberapa orang pelajar Program Hospitaliti IKBN Miri sedang menjalani latihan dalam kursus Penyediaan Makanan
Pelajar-pelajar Program Automotif sedang menjalani kursus Semburan Cat kenderaan

Pencapaian

IKBN Miri telah menyertai pelbagai pertandingan yang menguji bakat dan kemahiran pelajar mahupun tenaga pengajar.

Dalam pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2019, IKBN Miri telah Berjaya merangkul satu (1) Pingat Emas dan dua (2) Pingat Gangsa bagi kategori Perkhidmatan Restoran.

IKBN Miri juga cemerlang dalam pertandingan World Skills Malaysia Sarawak (WMS) 2019 apabila menjadi johan dan mendapat tempat ketiga dalam kategori Perkhidmatan Restoran dan tempat kedua kategori Teknologi Automobil.

Selain itu, pelajar-pelajar IKBN Miri juga telah Berjaya memperolehi Sijil Kecemerlangan Teknologi Kenderaan Berat di pertandingan WSMB 2022.

Sejak ditubuhkan, IKBN Miri telah memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri, khususnya di Sarawak mahupun di peringkat nasional.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article