- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Membangun Sri Aman Berteras Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Ekonomi

Must read

Sri Aman adalah salah satu daripada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak yang terdiri daripada empat daerah penuh iaitu Daerah Sri Aman, Daerah Lubok Antu, Daerah Lingga serta Daerah Pantu dan dua daerah kecil iaitu Daerah Kecil Engkilili dan Daerah Kecil Bukit Begunan.

Menurut sejarah, nama Sri Aman diambil bersempena peristiwa bersejarah iaitu Deklarasi Sri Aman yang merupakan satu perjanjian keamanan di antara kerajaan dan pengganas komunis, ditandatangani pada 21 Oktober 1973.

Bagi memperingati peristiwa tersebut, pada 19 Mac 1974, rumah rehat kerajaan yang dikenali sebagai Rumah Simanggang (lokasi deklarasi ditandatangani) telah dinamakan semula sebagai Rumah Sri Aman.

Bahagian dan Daerah Simanggang turut dinamakan semula sebagai Sri Aman yang dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980. 

Jumlah penduduk di Bahagian Sri Aman kini adalah sebanyak 93,379 orang, terdiri daripada masyarakat berbilang kaum meliputi kaum Iban, Melayu dan Cina sebagai penduduk majoriti.

Sebagai kawasan pertanian yang terbesar di Sarawak, sumber ekonomi utama di bahagian ini adalah aktiviti pertanian.

Namun begitu, terdapat juga sumber ekonomi yang lain seperti aktiviti pelancongan eko dan pelancongan budaya yang turut menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Pada hari ini, Bahagian Sri Aman telah berkembang pesat dengan pelbagai projek yang masih dalam pembinaan antaranya ialah Projek Jambatan Batang Lupar Dua, projek di bawah pelaksanaan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan projek-projek rakyat termasuk juga aktiviti ladang-ladang sawit.

Peta Bahagian Sri Aman yang memaparkan Daerah Sri Aman, Daerah Lubok Antu, Daerah Lingga dan Daerah Pantu

Pada 27 Jun lepas, SADA bersama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera (MPUB) telah mengadakan program lawatan ke ladang kelulut milik Sya Trigona Familyz (Sya Rina Brand) di Munggu Jabang, Lubok Antu, Sri Aman.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memperkaya ‘database’ usahawan khususnya di bahagian Sri Aman agar dapat mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama agensi luar.

‘Database’ itu boleh dijadikan sebagai platform untuk membawa dan membantu usahawan yang berpotensi di bahagian Sri Aman ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain bertujuan untuk memperkenalkan SADA kepada pihak luar, program ini juga merupakan salah satu inisiatif supaya lebih banyak cadangan-cadangan atau idea daripada komuniti di bahagian Sri Aman boleh dinilai dan dibawa ke Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja SADA.

Semasa lawatan tersebut, pemilik syarikat perniagaan, Puan Norina Bunyam telah berkongsi pengalaman beliau dalam mengendalikan syarikat dari mula penubuhan serta cabaran-cabaran yang dilaluinya.

Rombongan tersebut juga telag dibawa melawat ke dewan, bilik pemprosesan kelulut, ladang kelulut dan premis perniagaan Sya Trigona Familyz.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Tadbir Khas SADA, Datu Indit Bangai, Encik Jackline Medan Ikom, wakil Residen Bahagian Sri Aman dan sekretariat SADA.

Pegawai Tadbir Khas SADA, Datu Indit Bangai (kiri) menyerahkan cenderahati kepada pemilik Sya Trigona Familyz (Sya Rina Brand), Puan Norina Bunyam

Kemudian, pada 9 Julai 2024, Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Karim telah hadir ke program Jerayawara SADA bersama penduduk Kampung Melayu Bakong.

Program tersebut turut dihadiri oleh YB Mong Dagang, Datu Indit Bangai, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Frank Lani, Pegawai Daerah Lingga dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Bahagian Sri Aman.

Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Karim semasa program Jerayawara SADA di Kampung Melayu Bakong

Objektif utama program ini diadakan adalah bagi melebarkan sayap dan nama SADA kepada komuniti setempat khususnya di bahagian Sri Aman.

Program ini merupakan salah satu dariapada aktiviti tahunan SADA dan ia telah diadakan di setiap daerah dalam Bahagian Sri Aman dengan fokus kali ini lebih kepada sesi randau bersama komuniti berkenaan isu dan permasalahan yang berkait dengan projek SADA.

Dalam perutusan sempena program tersebut, Pengerusi SADA menggalakkan komuniti setempat menyuarakan cadangan bagi pelaksanaan projek pembangunan kepada pihak SADA.

Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Karim semasa program Jerayawara SADA bdi Kampung Melayu Bakong

Tujuannya adalah agar SADA dapat membantu meningkatkan tahap pembangunan di Bahagian Sri Aman seterusnya seiring dengan pembangunan di bahagian-bahagian lain seluruh Sarawak.

Beliau juga menyarankan kepada semua agensi yang terlibat untuk bersama-sama menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek khasnya isu hak pemilikan tanah di tapak cadangan projek terlibat.

Di samping itu, beliau turut menyarankan agar komuniti di bahagian Sri Aman sentiasa bersatu hati untuk menyokong usaha Kerajaan dalam merancang pembangunan yang mampan di bahagian ini.

Isu-isu pelaksanaan projek hendaklah diselesaikan secara berhemah dan cepat agar proses kerja dan pembangunan berjalan lancar tanpa ada bantahan.

Untuk rekod, SADA telah meluluskan 19 projek pembangunan di daerah Lubok Antu setakat Jun 2024 antaranya ialah Kompleks Sukan Lingga bernilai RM20 juta, Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) bernilai RM40 juta dan Dewan Simposium Batang Lupar bernilai RM16 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article